MASIH belum reda isu seorang lelaki menghina agama Islam Isnin lalu, tular video terkini memaparkan rakaman suara seorang lagi individu menghina agama Islam.
Rakaman yang dimuat naik di halaman Facebook PU Syed itu memaparkan individu tersebut menghantar beberapa rakaman suara dengan dengan menggunakan kata-kata kesat ke atas Nabi Muhammad, agama Islam dan ALLAH.
"Politik Islam konon, Islam b**, Islam l***.
"Nabi Muhammad yang kau sanjung dalam buku itu yang sebenarnya adalah perogol bersiri.
"Islam k***. Perogol bersiri bijak sangat," kata individu terbabit.
Video tersebut turut menunjukkan gambar individu yang disyaki dalang di sebalik rakaman suara tersebut.
Rakaman berdurasi 2 minit 54 saat itu telah telah mendapat sejumlah 10,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
"Hina Islam, hina Rasulullah SAW sepatutnya hantar ke alam lain," kata Feisal Nama Saya.
"Apabila hati dah hitam. Makan pulak benda-benda haram sebab itulah hilang akidah," kata Irwan Koruwan.
Majoriti cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung dengan insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram