Gurauan melampau libatkan rakyat Sabah dan Sarawak buat penyokong Harimau Malaya 'naik hantu'


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

Rakyat Sabah dan Sarawak juga berbangga dengan kejayaan pasukan negara. — Facebook

GURAUAN melampau seorang individu yang dikenali dengan nama Harry Maguire di akaun Facebook mengundang amarah penyokong Harimau Malaya.

Dikongsi menerusi hantaran di Facebook oleh pemilik akaun, Antonio Cabrini, gurauan individu tersebut membabitkan rakyat Sabah dan Sarawak yang dikatakan tidak berbangga dengan kejayaan Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

HM perkauman1

Dakwa pemilik akaun Instagram itu, rakyat Sabah dan Sarawak bangga dengan kejayaan pasukan negara kerana masih sakit hati dengan nama Harimau Malaya.

"Seluruh Malaysia, bangga dengan kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit kecuali rakyat Sabah dan Sarawak.

"Sebab mereka masih sakit hati dengan nama Harimau Malaya," katanya.

HM perkauman 2

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang kemarahan penyokong bola sepak negara yang menyifatkan ia sebagai melampaui batas.

Perkara itu juga disuarakan Antonio yang mengatakan pemilik akaun itu sebagai kurang hajar.

"Orang ini sangat kurang hajar, agak-agaklah kalau mahu bergurau," katanya.

HM perkauman 4

HM perkauman 3

Selain itu, pemilik akaun Ijam Mk menyatakan rasa tidak puas hati dengan 'gurauan' itu dan menganggap tidak sepatutnya isu perkauman dibangkitkan dalam senario bola sepak tanah air.

"Sabah dan Sarawak juga serumpun dengan kita, kenapa perlu ada isu perkauman seperti ini?

"Saya tinggal di Sabah, bergaul dengan kaum Bajau, Kadazan juga orang-orang Filipina, mereka baik sahaja berkawan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram