Ramai mula ‘celik mata’ bakat Intan Serah


  • Podium
  • Selasa, 24 Mei 2022

Intan Sarah juga muncul wira dengan meledak gol kemenangan untuk memastikan Malaysia menutup kempen temasya Sukan SEA dengan meraih pingat gangsa. — Agensi

KEMUNCULAN pemain futsal wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli di temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022 mula menarik perhatian peminat sukan itu seantero dunia.

Bukan hanya di Malaysia, gadis yang menuyarung jersi nombor 13 itu turut mendapat perhatian peminat futsal dari Vietnam.

Berkongsi di Facebook miliknya, pemilik akaun Thein Min Htwe menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian media dan berita mengenainya turut dikongsi di media sosial.

Menerusi beberapa komen di Facebook, ramai peminat futsal tempatan turut memuji Intan Serah yang turut disifatkan sebagai seorang gadis yang cantik.

Terdapat juga beberapa pemilik akaun yang turut sama ingin berkenalan dengan kapten futsal wanita negara itu dan bertanya adakah dia masih lagi belum berpunya.

Bukan sekadar cantik, Intan Serah juga merupakan antara pemain yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan di Sukan SEA yang lalu.

Intan Serah juga muncul wira dengan meledak dua gol ketika seri 3-3 dengan Myanmar pada aksi terakhir untuk memastikan Malaysia menutup kempen temasya Sukan SEA dengan pingat gangsa.

Mungkin, ramai yang sebelum ini tak tahu selain bermain futsal, Intan Serah sebenarnya cukup aktif di media sosial sebelum ini sebagai streamer dan instafamous, selain pernah berlakon dalam filem Gol & Gincu 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram