Kontroversi kes CAS Akhyar Rashid kembali berkumandang


  • Podium
  • Selasa, 24 Mei 2022

Akhyar Rashid menyertai JDT dari Kedah pada 2019 dengan penuh kontroversi. — Facebook

MASIHKAH anda ingat drama perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah Darul Aman (KDA) ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada awal Januari 2019 sehingga tercetusnya pendebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ketika itu?

AR

Akhyar merupakan produk akademi KDA yang paling berjaya sehingga mendapat gelaran 'Neymar Malaysia'. — Facebook

Ketika itu, KFA dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.

Akhyar perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA sebelum berhijrah ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Justeru pengurusan KFA ketika itu terpaksa membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah pelbagai saluran lain tidak menampakkan sebarang penyelesaian.

WhatsApp Image 2022-05-23 at 8.02.05 PM

Komen seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan KDA yang tidak pernah menyatakan keputusan CAS Akhyar. — Facebook

Di ruangan komen sosial media Facebook, seorang pengguna telah mempersoalkan tindakan KDA yang pernah menyatakan keputusan Asian International Arbitration Centre (AIAC) telah memihak kepada mereka tetapi tidak pernah dihebohkan.

"Page Kedah Darul Aman FC pernah 'mention' yang KDA FC telah menang kes CAS Akhyar, tapi yang pelik kenapa tidak dihebohkan," tulisnya.

Disebabkan itu, seorang lagi pengguna Facebook, Farezz Norizam kembali membidas pertanyaan pengguna tersebut dengan mendakwa bahawa pihak CAS telah menyatakan bahawa JDT tidak bersalah dalam kes ini hanya Akhyar Rashid yang terlibat dan dikenakan tindakan.

"CAS cakap JDT tak salah dalam hal ini, Akhyar Rashid sahaja yang didenda itu pun dah lama pemain itu lunaskan bayaran. JDT tak perlu bayar apa-apa sebab CAS tak pernah arah bayar pampasan kepada KDA," jelasnya.

Akhyar

Akhyar Rashid telah melakukan 31 penampilan bersama pasukan JDT dengan lima jaringan gol. — Facebook

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, 'tokong' dalam arena bola sepak negara tidak boleh wujud sekiranya semua pasukan mahu berentap secara adil. Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Disebabkan itu, peminat kedua-dua pasukan rancak berbalah di laman sosial sejak seminggu dua ini termasuk membangkitkan semula isu berkaitan Akhyar sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Akhyar Rashid, JDT, KDA FC, Kedah, CAS, Pampasan