Antara Disney, Apple, Amazon, siapa bakal ambil alih EA?


  • eSports
  • Selasa, 24 Mei 2022

EA didakwa sedang mencari pembeli dan telah mengadakan perbincangan dengan Disney, Amazon, Apple dan juga Comcast-NBCUniversal. — Agensi

ELECTRONIC Arts (EA) kini dilaporkan sedang aktif mencari mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih atau bergabung dengannya.

Menurut laporan Puck, syarikat gergasi gaming itu sudah bercakap dengan beberapa pembeli yang mungkin berminat, termasuklah Disney, Apple, dan Amazon.

Laporan ini turut menyatakan sekiranya ada syarikat yang berminat untuk bergabung, EA mencari penggabungan yang akan mengekalkan Andrew Wilson sebagai ketua eksekutif (CEO) untuk syarikat yang digabungkan itu.

EA-Games

EA ialah sebuah syarikat permainan video Amerika yang terletak di Redwood City, California dan diasaskan pada Mei 1982 oleh pekerja Apple Trip Hawkins. — Agensi

Seperti yang kita tahu, EA dan Disney mempunyai hubungan yang rapat, terutamanya melalui lesen Star Wars. Walau bagaimanapun, menurut sumber, EA telah mendekati Disney untuk menjalinkan kerjasama yang lebih bermakna melangkaui perjanjian perlesenan semata-mata.

Idea penggabungan yang berlegar dalam industri adalah antara EA dengan ESPN, yang dimiliki Disney. Namun, Disney dikhabarkan tidak berminat kerana sedang sibuk memfokuskan kepada platform Disney+ yang baru sahaja mereka lancarkan.

Selain itu, perjanjian antara EA dan Comcast juga bertiup kencang. CEO Comcast, Brian Roberts dilaporkan telah mencadangkan Wilson untuk menggabungkan NBCUniversal dengan EA. Perjanjian ini dikatakan akan melihat Roberts mengawal majoriti syarikat yang digabung itu, tetapi Wilson akan kekal sebagai ketua eksekutif. Bagaimanapun, perbincangan ini dilaporkan gagal kerana pihak yang terlibat tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan dan struktur entiti yang digabungkan.

Steam-EA---16x9

EA masih lagi bergerak sendiri ketika ini, namun Puck mengatakan yang mereka sedang mencari syarikat untuk dibeli. Agensi

EA masih lagi bergerak dengan sendiri pada ketika ini, namun Puck mengatakan yang syarikat itu semakin memberanikan diri untuk mencari syarikat untuk dibeli atau bergabung sejak pengambil alihan Activision Blizzard oleh Microsoft.

Memberi respons kepada laporan Puck, jurucakap EA, John Reseburg berkata, mereka tidak akan komen terhadap khabar angin dan spekulasi tentang perkara ini.

“Kami bangga untuk beroperasi dari satu posisi yang kukuh dan berkembang, dengan portfolio game yang mengagumkan, dibina dengan IP hebat, dibangunkan oleh pasukan-pasukan berbakat, dan rangkaian lebih daripada setengah bilion pemain,” ujar Reseburg.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

EA Sport, FIFA, Disney, Pengambil alihan, Amazon