'Move on isu Syafiq Ahmad... Ambil apa J miliki untuk dijadikan contoh'


  • Podium
  • Isnin, 23 Mei 2022

JDT sentiasa merekrut pemain baharu berkualiti saban tahun. — Facebook/Johor Southern Tigers

SEORANG peminat kesal apabila ada segelintir pihak yang suka teringat nostalgia silam dalam dunia bola sepak, sehingga memberi kesan kepada sesuatu pasukan.

Ini termasuk tindakan mengungkit pemain yang sudah meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang diminta untuk diambil semula kelab tersebut.

"Dalam bercinta pun orang suruh move on kalau dah putus," kata Mohd Tarmizi dalam hantaran di laman Facebook.

template (71)

Tangkap layar hantaran seorang peminat bola sepak tempatan di laman Facebook.

Justeru, Mohd Tarmizi menyarankan mana-mana pihak supaya tidak perlu membangkitkan nama pemain yang pernah dikeluarkan dari senarai Kedah.

Sebaliknya, pasukan itu perlu mengasah kemahiran pemain sedia ada serta menambah bilangan pemain baharu.

"Ghimaih (rimas) tengok. Tu pun jangan sikit-sikit nak lawan J.

"Team J, kluaq (keluar) yang lama, depa (mereka) top up (tambah) yang lagi power (hebat).

"Ambil la apa yang J ada untuk dijadikan contoh. Belajar dari J," katanya.

Meskipun tidak menyebut secara terang-terangan, namun perkara itu dipercayai bagi memberi maklum balas terhadap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, pasukan Kedah tidak terkesan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) kerana masih mempunyai pemain lain yang berkualiti dalam KDA FC.

Beliau juga yakin negeri itu mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti pada masa hadapan.

"Sekarang kita tengah buat Liga Menteri Besar di seluruh Kedah dan beratus-ratus pemain akan dilahirkan menerusi liga ini, jadi saya sedikit pun tidak risau tentang pemain. Kalau tengok, ramai anak Kedah yang dicungkil, dilatih di Kedah lepas itu dieksport ke negeri lain.

"Saya tidak takut dengan ketiadaan dia (Syafiq) kerana kita ini macam ada kilang yang melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti. Pasukan Selatan sendiri ambil dua, tiga orang pemain Kedah jadi apa nak hairan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KDA FC, JDT, Muhammad Sanusi Md Nor