Foul murahan punca Harimau Muda tersungkur


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

Malaysia tewas 0-1 di tangan Vietnam alam aksi separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021.

KEKALAHAN Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021 dengan pasukan Vietnam mendapat cemuhan ramai peminat bola sepak tanah air yang kecewa apabila memikirkan punca skuad kebangsaan kecundang ke pentas akhir.

Turut tidak berpuas hati atas sebab pasukan Vietnam memperoleh gol, peminat turut menyebut beberapa nama pemain yang dikatakan menjadi punca pasukan lawan dapat membolos gawang skuad negara.

Meninggalkan komen di hantaran Facebook, Football Association of Malaysia, pemilik akaun Ridwan Musa memetik nama peman pertahanan, Quentin Cheng yang menjadi punca kepada gol pertama pasukan Vietnam.

Katanya dia baru sahaja mahu memuji aksinya yang berjaya menahan serangan Vietnam, namun kerana kesilapan foul yang dilakukan Quentin dianggap 'zero' oleh peminat.

"Aku baru mahu puji Quentin Cheng bertahan hingga sukar pemain Vietnam mahu lepas, tetapi disebabkan gol itu dia punca dari hero ke zero," katanya.

HM kalah 1

Sementara itu, Zalrasyad Zal turut meletakkan kesalahan atas kekalahan Harimau Muda ke atas Quentin yang menyifatkan foul tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Dia turut mengkritik tindakan penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani yang keluar gawang pada meskipun bola belum mendekati gol.

"Alahai Quentin, foul tersebut tidak sepatutnya berlaku, Muhammad Azri pun, bola punya jauh dia keluar jugak. apa-apa pun nampaknya pertemuan Malaysia dan Indonesia akan berlaku juga untuk pingat gangsa," ujarnya.

HM kalah 2

Tidak hanya itu, pemilik akaun, Azmie Hizam, turut menyalahkan Quentin dan pemain penyerang Hadi Fayadh Abdul Razak kerana gagal mengawal emosi dalam perlawanan.

"Quenten dengan Hadi Fayadh tidak boleh kawal emosi.

"Status pemain berpengalaman dalam team senior pula tu. Benda boleh tenang, nak juga bagi foul, teruk," komennya.

HM kalah 3

Malaysia tewas 0-1 di tangan Vietnam alam aksi separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021 yang mana selepas ini bakal bertemu Indonesia untuk penentuan pingat gangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram