B.O.S. cabar ‘kejantanan’ Elephant Army


BOS merupakan pemain ke-12 pasukan JDT.  — Johor Southern Tigers

ULTRAS ataupun penyokong fanatik diibaratkan sebagai pemain ke-12 untuk sebuah kelab bola sepak dan kelompok itu merupakan individu yang akan sentiasa memberikan sokonan terhadap skuad kesayangan mereka pada setiap perlawanan.

Selain memberi sokongan padu, tidak kurang juga sebahagian daripada ultras kelab liga Malaysia mempunyai hubungan kurang baik sesama mereka sehingga boleh menimbulkan pergaduhan dan usik-mengusik di luar padang.

Seperti ultras yang dikenali ramai, Boys of Straits (B.O.S) iaitu kelab penyokong pasukan gergasi Johor Darul Takzim (JDT), mereka seakan mempunyai hubungan kurang baik dengan Elephant Army iaitu 'tulang belakang' Sri Pahang.

Menjelang perlawanan JDT menentang Sri Pahang pada Rabu, B.O.S pada laman rasmi Facebook menyeru Elephant Army untuk turun ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

SS

Tangkap layar hantaran B.O.S meminta Elephant Army turun ke Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. — B.O.S

Hantaran itu seperti usikan kepada kelab penyokong Sri Pahang kerana B.O.S masih teringat dengan lagu 'Mana Johor' yang pernah didendangkan oleh ELephant Army pada suatu ketika dahulu.

"Kami di Johor menyeru chant Mana Johor oleh Ultras Sejati Pahang kembali bergegar!! Seruan kepada Elephant Army untuk kembali bangkit melawan!! Jangan Patah Semangat!! Wujudkan balik keberanian untuk awaydays!! Dimana semangat hitam putih takkan padam kalian! Kami ultras “except” di Johor sentiasa menunggumu EA," ujar hantaran itu.

Dalam pada itu menjengah di ruang komen, penyokong-penyokong JDT masih teringat dengan chant yang dinyanyikan berulang kali oleh Elephant Army pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.

"Mana Johor, mana Johor, hebat sangatkah mu Johor, kami datang kami datang, Negeri Pahang Darul Makmur, ala ala ala," ujar pemilik akaun Zharif Zahid yang masih terngiang-ngiang dengan lirik lagu itu.

"EA hitam putih dah padam lemah haha rindu balingan batu mu," kata Ahcin Saleman.

"Rindu sebenarnya EA ini, rindu nak balas-balas chant," komen dari Faris Syazwan.

Terdahulu, skuad Tok Gajah, Pahang berjaya muncul juara Piala Malaysia 2014 apabila menewaskan pasukan JDT pada penentuan sepakan penalti 5-3 di perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Nasional, Bukit Jalil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram