Pasangan suami isteri disyaki dera anak saudara hingga maut


  • 112
  • Isnin, 16 Mei 2022

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IBU dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut disyaki akibat didera ditahan di Ipoh, Perak pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkaitan kematian mangsa.

"Mangsa dibawa oleh ambulans telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 pagi akibat didera.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah multiple blunt injury," katanya.

Menurutnya, siasatan membawa kepada tangkapan pasangan suami isteri yang juga penjaga mangsa.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah pada Isnin bagi mendapatkan permohonan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 untuk membantu siasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram