'PBT beraya lagi ke, takkan polis yang kena bersihkan longkang'


  • Tular
  • Ahad, 15 Mei 2022

Anggota polis melakukan kerja-kerja membersihkan longkang bagi membenarkan air hujan mengalir. —Facebook

GAMBAR anggota polis berkorban diri mengorek dan membersihkan longkang ketika banjir kilat salah satu kawasan di Kulai, Johor tular di media dan menerima pujian orang ramai.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, anggota polis tersebut melakukan perkara itu bagi mengeluarkan sisa atau bahan yang menghalang air hujan mengalir di dalam longkang tersebut.

Lebih mengejutkan, anggota berkuasa itu turut menemui beberapa keping nombor plat kenderaan di dalam longkang itu, yang turut menjadi tanda tanya orang ramai.

Halaman Facebook Orang Kulai menerusi satu hantaran hairan apabila kerja-kerja mengorek longkang tidak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), sebaliknya digalas oleh anggota polis.

"Takkan semua nak viralkan baru jalan kerja.

"Tak habis beraya ke?" soal hantaran itu.

280551276_3562070670776802_3775088178356638625_n

Beberapa keping nombor plat yang ditemui oleh anggota polis di dalam longkang. — Facebook

Memberi respons mengenai perkara itu, rata-rata pengguna laman sosial bersetuju bahawa kerja-kerja berkenaan bukanlah kerja anggota polis.

"Tapi ini kerja PBT. Mana PBT Kulai? Tak turun buat kerja ke?" kata Arif Hairuddin.

template (60)

Keadaan banjir di Kulai pada Ahad. —Facebook

Ul Fli Anth menganggap pihak bertanggungjawab tidak melalukan kerja-kerja tersebut disebabkan tiada orang kenamaan melalui jalan tersebut.

"YDP (Yang dipertua) tak lalu jalan ni. Menteri pun tak lalu jalan ni. Diorang tak sangkut banjir. Jadi, nak peduli apa kan

"Buat landscape lebih penting daripada clear saliran. Korang apa tau," katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kulai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram