'Ni Liga Malaysia bukan Liga Kita tapi Liga Mereka' Isu 'injury time' tiada berkesudahan


  • Podium
  • Sabtu, 14 Mei 2022

Farizal Marlias rebah selepas insiden pelanggaran dengan Shane Lowry — Facebook

SUDAH empat hari perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Negeri Sembilan FC (NSFC), namun pertemuan dua kelab itu masih hangat diperkatakan.

Topik paling 'panas' sudah semestinya mengenai tempoh 10 minit masa kecederaan atau injury time dalam perlawanan berkenaan.

Seorang penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC), Muhammad Mudthazar Iqmal merasakan sebelum skuad The Jang, Terengganu FC (TFC) dikatakan sudah mengalami nasib serupa ketika aksi saingan Liga Super pada 10 April lalu.

Ini kerana pengadil perlawanan memberikan tambahan masa tiga minit semasa pertemuan JDT bertemu skuad Sang Penyu itu. Tempoh masa berkenaan dirasakan jauh lebih pendek berbanding tempoh 10 minit semasa pertemuan dengan NSFC sekali gus dianggap satu keputusan yang berat sebelah dengan memihak kepada JDT.

Untuk rekod, ia ekoran insiden pelanggaran antara penjaga gol utama skuad Harimau Selatan, Mohd Farizal Marlias dengan rakan sepasukan Shane Lowry ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pemain tengah TFC, Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-61.

Mohd Farizal yang seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.

"Terengganu dah kena nasib dulu daripada NSFC, ayo lahai ni liga persendirian punya," tulis Muhammad Mudthazar Iqmal di laman Facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan (BOLASEPAK) pada Jumaat.

WhatsApp Image 2022-05-13 at 8.22.49 PM

Tangkap layar hantaran status Muhammad Mudthazar Iqmal. — Facebook

Dia turut berkongsi tangkap layar Instagram Story laman @terengganu11 di hantaran status Facebook itu.

Laman IG itu menyertakan satu kapsyen berbunyi; "Ni Liga Malaysia bukan Liga Kita tapi Liga Mereka (dipercayai merujuk kepada JDT).

Posting asal IG Story itu terdahulu dikongsikan laman @prideoftranung_ sebelum dikongsi semula oleh @terengganu11.

"Kalah Liga Premier Inggeris (EPL) ni, 10 minit terus masa tambahan (untuk JDT).

"Post script jangan dilupa juga masa JDT lawan TFC, keeper J (Mohd Farizal) tercedera 10 minit tapi kita dapat tiga minit je masa tambahan. JDT menang 2-1," tulisnya.

WhatsApp Image 2022-05-13 at 8.22.50 PM

Posting asal di IG @prideoftranung_ sebelum dikongsi semula oleh @terengganu11. — Instagram

Sementara itu, seorang penyokong JDT, Mohamad Fairuz Seven menerusi satu hantaran status berasingan di Facebook JDT Southern Tigers membidas sesetengah pihak yang mengatakan tempoh masa kecederaan untuk merawat Mohd Farizal mengambil masa sehingga 15 minit.

"Celah mana hang kata 15 minit. Injured minit ke-60. Muhammad Haziq sambung perlawanan (ganti Mohd Farizal) pada minit ke-63," katanya dengan menyertakan gambar tangkap layar ketika pertukaran pemain itu dibuat.

"Agak-agaklah nak fitnah. Tahulah team hang dirogol bergilir-gilir (gawang bolos)," tulisnya sebagai respons kepada satu hantaran status oleh laman Facebook Liga Sarkis Malaysia.

280762284_3086306821588619_989688433191146447_n

Muhammad Haziq memasuki padang bagi menggantikan Mohd Farizal pada minit ke-63 seperti yang ditunjukkan masa pada skor rekod perlawanan. — Facebook

Laman troll itu terdahulu memuat naik status berbaur provokasi yang dilihat cuba melaga-lagakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Malaysia Football League (MFL), JDT dan TFC.

"Siapa tahu masa lawan Terengganu, Farizal Marlias injured rawat ambil masa 15 minit. Tapi extra time tiga minit je sebab Terengganu tengah serang nak samakan kedudukan. FAM, MFL eloklah kahwin je sesama," tulis FB itu.

jdt netz

Hantaran status Mohamad Fairuz Seven yang membidas laman troll Liga Sarkis Malaysia. — Facebook

Majoriti pada Khamis melaporkan, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, situasi pemberian masa tambahan sehingga 10 minit bukanlah perkara yang luar biasa.

"Ini kerana ia adalah termaktub di dalam undang-undang permainan dan perlu dilaksanakan oleh setiap pengadil," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram