Piala Thomas: Perseorangan negara dikritik lembik penyokong


  • Podium
  • Jumaat, 13 Mei 2022

Pemain perseorangan ketiga, Leong Jun Hao ketika berentap dengan pemain India H S Prannoy dalam suku akhir kejuaraan Piala Thomas 2022 pada 12 Mei 2022.  — Bernama

KEKALAHAN pemain perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao ke atas Prannoy HS dari India dengan set 13-21, 8-21 telah menggagalkan pasukan Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Thomas.

Kemenangan India 3-2 ke atas Malaysia mencipta sejarah kerana berjaya mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kalinya namun meleburkan impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Piala Thomas.

Bukan pemain sahaja yang berasa kecewa tidak dapat membawa piala kepada Malaysia, penyokong juga rata-ratanya turut hiba dengan perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand itu.

Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga ada penyokong yang mengkritik persembahan perseorangan ketiga negara, Jun Hao pada Rabu itu dan mereka melabel pemain di kedudukan ke-124 terbaik dunia itu lembik dan longlai untuk mewakili negara.

komne22

Tangkap layar antara komen-komen dari yang mengkritik Jun Hao.

Pengguna Facebook, Ahmad Sham antara yang mengkritik stamina Jun Hao yang mana dia turut mempersoalkan bagaimana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih pemain untuk mewakili negara ke peringkat piala berpresij dunia.

"Lauk betul 2nd dengan 3rd single. Smash tertinggal dekat KLIA ke macam mana? Dengarnya nak masuk jadi pemain BAM ini susah tapi takkan ini yang terbaik. Lemau dan lemah gemalai macam penari kebudayaan. Ini baru betul pembaziran. Kena titik bersahaja dengan India kot.. Tak pernah lagi ada filem mereka main badminton. Kriket dengan hoki itu tahu ada.. Mungkin player mereka ambil inspirasi dari filem peluru bergerak perlahan dan mesin bajak melompat kot," katanya.

"Lemah single ketiga Malaysia, tiada serangan, tidak agresif, kerugikan pasukan. Main seolah-olah tiada semangat jiwa berlawan tiada, kecewa," ujar pemilik akaun, Tuan Azham Zamiri Zamiri.

"Lembik, tu saja nak cakap, dah mendahului jauh set pertama pun macam tiada semangat, tidak berikan yang terbaik, sudah tahu game penentuan. Lucutkan sajalah wakil malaysia mereka ini, cari ciri yang ada passion and mentaliti juara," luah Mohd Zuhairy.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membela pasukan badminton negara dengan menyatakan para pemain telah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram