Kenali pemain bola bertemu jodoh dengan artis


  • Podium
  • Rabu, 04 Mei 2022

Zaquan berkahwin denagn Ayu Raudhah pada 2011. — Instagram/Zaquan Adha

FENOMENA pemain bola sepak berkahwin dengan artis ibarat sudah menjadi trend bukan sahaja di peringkat antarabangsa, malah dalam kalangan pemain-pemain tempatan.

Ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sejak dahulu lagi, ramai golongan artis yang bercinta dengan pemain-pemain bola sepak dan menjadikan mereka sebagai pasangan hidup.

Walaupun ada juga atlet sukan lain yang mendirikan rumah tangga dengan artis, ia tidak begitu sensasi berbanding kisah perkahwinan bersama bintang bola sepak.

Berikut adalah antara pemain-pemain bola sepak yang bertemu jodoh dengan artis:

263060589_424393475953511_3047503052351941852_n

Foto: Instagram/Norisham Ismail

Norisham Ismail & Didie Alias

Bekas pemain Negeri Sembilan, Norisham Ismail berkahwin dengan pelakon dan pelawak, Fadzilah binti Mohd atau lebih dikenali sebagai Didie Alias pada 2009.

Mereka dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan tersebut iaitu Muhammad Dayyan yang berusia lapan tahun.

Pasangan ini pernah menyertai program realiti tarian, Sehati Berdansa dan menduduki tempat ketiga.

272660394_1060646251147908_4464985177984423798_n

Foto: Instagram/Zaquan Adha

Zaquan Adha & Ayu Raudhah

Bekas pemain kebangsaan ini pernah digilai ramai peminat wanita satu ketika zaman awal kariernya bersama Negeri Sembilan.

Zaquan akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan pada 2011.

Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryan, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Al Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel.

175323558_1099403637237218_1121091162823467835_n

Foto: Instagram/Izham Tarmizi

Izham Tarmizi & Mia Ahmad

Penjaga gol Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon, Shamiha Ahmad Baderi atau Mia Ahmad pada 13 Januari 2017.

Walaupun rumah tangga mereka dilaporkan pernah bergolak satu ketika dahulu, pasangan masih bertahan sehingga ke hari ini dan dikurniakan dengan dua orang anak, iaitu Sayf Isa dan Iris.

250840354_643348303714326_4031024731835340896_n

Foto: Instagram/Haziq Nazli

Haziq Nazli & Eyra Hazali

Seorang lagi penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nazli memilih pelakon, Eyra Hazali sebagai pasangannya apabila mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish dan seorang lagi cahaya mata yang baru sahaja lahir pada 29 April lalu.

11351258_848731688532339_4032938323913875519_n

Foto: Instagram/As Feminin

Azman Adnan & As Feminin

Bekas penyerang terkemuka negara era 80-an, Azman Adnan berkahwin dengan bekas penyanyi kumpulan pop terkenal Feminin, Asfarina Muhamad atau As pada 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Halida Mazlin Badaruddin atau Haleeda pada 1995 namun bercerai pada 2003.

ABD5A7A7-9327-4DFC-AE1F-422B94FBC379

Subadron Abdul Aziz & Salwa Abdul Rahman

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Subadron Abdul Aziz pernah menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila mengahwini penyanyi terkenal tanah air satu ketika dahulu, Salwa Abdul Rahman.

Tahun ini, mereka menyambut ulang tahun ke-33 perkahwinan dan mempunyai dua orang anak perempuan, Puteri Sulaikha, 24, dan Putera Sufrie, 20.

Salwa turut merakamkan semula dua lagu berkonsepkan sukan, Bintang Sukan Ku dan Bintang Di Sayang yang ditujukan khas buat suaminya itu.

31278499_163976257617198_6523547270942556160_n

Foto: Instagram/Azlisham Ibrahim

Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah

Bekas penjaga gol kebangsaan dan Selangor, Azlisham Ibrahim mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara popular satu ketika dahulu, Wan Khatijah Wan Othman yang juga merupakan pemenang Dewi Remaja 1995/1996.

Mereka bercinta ketika Wan Khatijah masih menuntut di Universiti Teknologi Mara Jengka lagi dan selepas beliau menamatkan pengajian, mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

file68458p7q5lhsflzkh39

Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menamatkan zaman bujangnya bersama bekas model dan juga juara Bintang Kecil 2004, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey Natasha pada 2012.

Selepas 10 tahun, pasangan ini terus bahagia di samping tiga orang anak iaitu Kayla Elayna yang berusia lapan tahun, Khaleel Emir (tujuh tahun) dan juga Ebrahim Fayaaz (empat tahun). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram