KEKALAHAN, skuad Bawah 23 (B-23) Harimau Malaya kepada Timor Leste pada aksi persahabatan pertama mereka di Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor pada Jumaat memberi gambaran negatif terhadap peluang negara untuk menyerlah dalam Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang bakal membuka tirai bulan depan.
Meskipun hanya tewas dengan satu gol (2-1), ramai pihak beranggapan bahawa harapan untuk negara menjulang kembali emas acara sukan dwitahunan itu semakin pudar.
Berkongsi di Facebook, seorang pemilik akaun, Prismmaju Sannasi turut mempunyai pandangan yang sama dan berpendapat bahawa skuad kendalian Brad Maloney itu juga dikatakan belum mampu untuk bersaing dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia
"Brad maloney bawa pasukan Malaysia, jangan kata nak bersaing dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia, nak dapatkan keputusan seri lawan Timor Leste dan Laos pun satu perkara yg sukar untuk dicapai.
"Persoalannya adakah negara yang menjadi belasahan kita dulu seperti Laos dan Timor Leste sudah meningkat kehadapan tahap permainannya ataupun malaysia yangg prestasi semakin menurun kebelakang ini?" katanya.
Sementara itu, bercakap tentang prestasi yang menurun, pemilik akaun, Ahmad Tun Zafil pula berkongsi, prestasi skuad kebangsaan semakin menurun apabila adanya sikap 'tidak bekerja dan pandai berkata-kata.'
"Apabila terlalu banyak sampah berbanding bekerja, buat kerja sudah tentu KPI berbeza.
"Apabila tidak bekerja dan pandai berkata-kata, ini KPI yang kita dapat, silap memilih pemimpin yg memandai-mandai dan bukan yang pandai, ini la hasilnya, sangat memalukan, sila letak jawatan," ujarnya.
Terdahulu, kali terakhir pasukan negara bertemu Timor Leste adalah pada Disember 2019, menyaksikan skuad negara B-23 membelasah pasukan lawan dengan keputusan 4-0.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram