Mat salih pun pelik tengok klip video lagu raya Aliff Syukri


Tangkap layar adegan video klip lagu Kelepok Raya yang dimuat naik Aliff Syukri sebelum ini.

VIDEO klip lagu terbaharu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul Kelepok Raya nampaknya mendapat kritikan daripada penonton.

Rata-rata menyifatkan terdapat adegan tarian di dalam video klip itu yang dirasakan tidak kena dengan tema lagu berkenaan yang menceritakan kemeriahan Aidilfitri, hari yang istimewa buat umat Islam.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial, Moh Azam Razali yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjaya sempat membuat perbincangan dengan pensyarah dan rakannya yang juga pelajar antarabangsa.

"Penghujung kelas Culture Studies, pensyarah kami dari Amerika Syarikat dan pelajar antarabangsa yang lain dipaparkan dengan video klip kontroversi, Kelepok Raya untuk membincangkan mengapa video itu mendapat kritikan.

"Ternyata, bukan rakyat Malaysia saja yang tidak menyukai video klip tersebut. Mereka dari negara luar juga hairan bagaimana paparan eLGeeBeeTee (LGBT) boleh diselit dalam video Hari Raya yang disambut oleh orang Islam.

"Sebelum itu dipaparkan video klip Nazam Lebaran oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang penuh kelembutan dan susila supaya mereka nampak bagaimana seharusnya sebuah lagu raya yang mewakili sambutan penduduk sebuah negara Islam terhadap perayaan Islam," katanya.

Menurut Moh Azam Razali, perbincangan itu membuatkan dirinya sedar yang dia tidaklah kolot atau tidak terbuka kerana membenci video klip Aliff Syukri.

Jelasnya, penonton antarabangsa juga bersama dengannya khususnya mereka yang maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dalam satu kenyataan di Facebook juga berkata dia sudah memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan video klip tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram