KECOH Liga Malaysia pada Jumaat apabila Malaysian Football League (MFL) mengumumkan jadual perlawanan Liga Super membabitkan perlawanan ketujuh sehingga ke-10 musim ini bakal dipinda bagi memberikan laluan kepada persiapan skuad senior kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun (B-23) yang akan mengharungi kejohanan antarabangsa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, sebanyak enam perlawanan Liga Super akan dipinda yang mana ia adalah penyelarasan di antara FAM dan MFL berkaitan agenda pasukan kebangsaan B-23 yang bakal menyertai latihan pusat dan Sukan SEA 2022, Hanoi, Vietnam bermula 30 April 2022 sehingga 23 Mei 2022.
Rentetan perpindahan jadual aksi Liga Super dan Piala FA yang diumumkan MFL itu, pelbagai pendapat berbaur kecaman yang dilontarkan oleh majoriti penyokong kelab dan menyifatkan kedua badan bola sepak itu tidak mengambil peduli pengorbanan mereka.
Hantaran yang dikirim oleh kelab peminat bola sepak Ultra Malaya 2007 meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MFL dan FAM susulan terdapat ramai penyokong yang sudah menghabiskan wang ringgit serta masa demi menonton aksi kelab kegemaran mereka.
"Seronok ya khianat penyokong. Tunda sesuka hati fikir perut mereka saja.. Senang saja, bayar saja duit penyokong yang rugi beli flight dan hotel semua.
"Reti Malaysian Football League? Nak tengok saja ke Football Association of Malaysia (FAM)?? Ke nak kami yang bertindak? #UTLR #DemiMalaysia," kata hantaran itu.
Tangkap layar komen-komen dari penyokong berhubung pertukaran jadual.
Pengguna Facebook, Khairul Anwar Hj Ghazali berkata, seharusnya FAM dan MFL sudah membuat tindakan lebih awal dengan merancang untuk menyusun ekoran tarikh Sukan SEA sudah lama diketahui.
"Bertindak UM. Kita bagi mereka ingat balik peristiwa di Stadium Shah Alam (laungan lagu FAM B*****t). Baru mereka berakal sikit," komen dari Ahmad Zaidan Ahmad Zaki di hantaran itu.
"Setiap tahun benda yang sama. Jadual tidak pernah tetap, liga habis bulan November 2021, bulan Mac 2022 baru mula, rehat lama main sekejap-sekejap, jadual sentiasa berubah macam mana bola sepak nak maju nak urus jadual liga pun ke laut," marah pengguna Facebook, Ejai Jamil.
"Persoalan aku sampai bila nak jadi b**** saja. Benda banyak kali kena bukan 1-2 kali saja. Perlu bertindak dengan keras!," ujar Ridzwan Akim.
Terdahulu, MFL turut menjelaskan perlawanan pusingan kedua Piala FA melibatkan pasukan-pasukan yang terlibat juga bakal dipinda sebelum diumumkan pada minggu depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram