Sebiji RM58, harga tembikai Tok Bali mahal sebab banjir?


  • Massa
  • Jumaat, 15 Apr 2022

Kawasan Tok Bali sememangnya terkenal sebagai lokasi penanaman buah tembikai.

SEBIJI buah tembikai dijual dengan harga RM58 sebiji di Tok Bali, Kelantan.

Itu yang dikongsikan seorang pengguna media sosial menggunakan nama Lan Arun Lan Arun yang membeli tembikai di kawasan itu baru-baru ini.

Terkejut dengan harga tersebut, pengguna itu mengakui yang dia hanya membeli setengah sahaja buah tembikai dengan harga RM25.

"Setiap kali tiba bulan puasa, harga Yahudi terus timun cina (tembikai) ini," katanya.

WhatsApp Image 2022-04-14 at 4.22.51 PM

Tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook.

Melihat ke ruangan komen, ada dua yang memaklumkan sebab mengapa harga sebiji buah tembikai naik mendadak.

Seorang pengguna media sosial, Mohd Salleh berkata kenaikan harga buah itu adalah disebabkan kejadian banjir luar musim pada bulan lalu.

"Ini semua berpunca kejadian banjir luar musim pada bulan yang lepas menyebabkan penanam timbikai di sekitar Bacok dan Pasir Puteh mengelami kerugian akibat tanaman musnah akibat ditenggelami air.

"Buah yang dijual sekarang datang dari negeri Pahang menyebabkan harga melambung. Jika tidak disebabkan bencana tersebut sudah pasti harga dipasaran tidak jadi sedemikian," katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Puan Nita berkata, tembikai di kawasan Tok Bali sememangnya mahal walaupun kawasan tersebut cukup popular dengan buah itu.

"Saya orang Tok Bali pun lama dah tak beli. Kalau nak beli murah, baik pergi ke Pasir Puteh atau Machang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram