JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ seperti yang sedang tular dalam media sosial.
JKM melalui kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), mengesahkan bahawa poster yang tular di media sosial itu adalah palsu.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram