Sekali pandang dah berkenan, senario monyet, katak gamatkan sidang Dewan Rakyat jadi koleksi peribadi Sultan Selangor


  • Primer
  • Selasa, 12 Apr 2022

Baginda membeli karya seni itu selepas melihatnya dan menggantung lukisan itu di bilik bacaan peribadinya. — Facebook Selangor Royal Official

SEBUAH lukisan yang menggambarkan suasana seakan di Dewan Rakyat dengan haiwan seperi katak dan orang utan memenuhi ruang kanvas tersebut berjaya menarik tumpuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam catatan di Instagram Pejabat Diraja Selangor, Baginda berkenan untuk membeli karya seni itu selepas melihatnya dan menggantung lukisan itu di bilik bacaan peribadinya.

lukisan

Lukisan yang dibeli oleh Sultan Selangor.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ Baginda,” menurut catatan itu.

Malah, beliau juga berhasrat untuk melelong lukisan tersebut pada suatu hari nanti dan menurut catatan itu hasil lelongan akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

Dalam pada itu, bukan Baginda saja tertariik dengan lukisan berkenaan malah warganet turut kagum dan teruja melihat kreativiti lukisan berkenaan yang disifatkan mempunyai maksud yang mendalam.

Warganet juga seakan mendakwa lukisan itu dituju situasi menteri-menteri di Dewan Rakyat

"Dalam maksud lukisan itu Tuanku," ujar azrinyen_kitchengold.

"Daulat Tuanku..junjung kasih..nampaknya Tuanku mengerti apa isi hati rakyat," kata satu lagi pengguna Instagram, cinta.4.aryna.

"Ada sirat dan tersirat dalam lukisan. Yang faham aja tahu," kata mayanghassan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram