SAINGAN Liga Super 2022 antara Penang FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang, memperlihatkan keputusan seri 1-1.
Ini selepas pemain tuan rumah yang juga penyerang dari Lebanon, Hilal El-Helwe dan penyerang pasukan pelawat, Zaquan Adha Abd Radzak masing-masing menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39 dan minit ke-33 babak pertama.
Keputusan itu juga turut menyaksikan skuad Harimau Kumbang itu hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketujuh liga berbanding Negeri Sembilan di tangga kelima.
Rata-rata penyokong Penang FC bengang dengan aksi longlai yang ditampilkan pemain lebih-lebih lagi di bahagian serangan.
Tangkap layar antara komen penyokong Penang FC. — Facebook
Salah seorang penyokong, Mohammad Razman Abd Rahim berkata, jurulatih perlu sedar kepentingan di bahagian depan untuk meledak seberapa banyak gol kemenangan kepada Penang FC.
"Peluang banyak tapi gagal dimanfaat sepenuhnya... harap jurulatih dapat polish sepenuhnya bahagian depan supaya lebih tajam memberi jaringan.
"Sayang sekali peluang yang ada disia-siakan untuk mencapai kemenangan," katanya di ruangan komen Facebook Penang Football Club.
Tangkap layar antara komen penyokong Penang FC. — Facebook
Mohd Azhar Nordin turut bersetuju kerana berpendapat peluang yang ada di depan mata untuk menggegarkan gawang pihak lawan tidak dimanfaatkan sebaiknya.
"Peluang depan mata tak dimanfaatkan...macam ni kalau mai pi la jurulatih mana pun memang tak boleh buat apa," katanya dalam nada kecewa.
Mizi Kolam pula merasakan jurulatih Penang FC sedia ada ketika ini perlu dikaji semula.
"Taktikal pasukan dah kritikal dah langsung tiada idea selain target man...pemain pun banyak kali hilang bola ketika separuh masa kedua.
"Apabila nak serang ja tak dak sokongan...banyak peluang sia-sia macam tu jaa...tuu ka macam mana nak menang?...bukan kira menang ja lah, game play macam tu siapa ja tak kecewa," katanya.
Tangkap layar antara komen penyokong Penang FC. — Facebook
Percaturan jurulatih yang lemah dalam pertukaran masuk pemain juga menjadi antara poin yang mengundang amarah penyokong Penang FC.
"Kesilapan...apabila dah elok bawa masuk Jafri Firdaus Chew dan Danial Ashraf Abdullah, bawa keluar Hilal pula...nak boleh buat apa?
"Flanker semua tak berfungsi...Tomas Trucha (jurulatih) ni ada lesen pro takkan laa tak boleh fikir ubah taktikal..dah empat game pun tiada kaki scorer," kata penyokong tegar, Dhil Kcl.
Tangkap layar antara komen penyokong Penang FC. — Facebook
Hasliza Noor pula berpendapat, ada pemain skuad Harimau Kumbang itu yang kekurangan stamina untuk beraksi lincah di padang.
"Peluang tu banyak tetapi kenapa susah sangat nak deliver. Tak tau nak salah kan apa lagi.
"Pemain pun kadang ada salah, malas kejar bola lepas tu stamina tak dak. Rugi, kita langsung tak dak pemain yang boleh bagi finishing cantik," katanya.
Tangkap layar antara komen penyokong Penang FC. — Facebook
Sementara itu, seorang lagi penyokong, Izwan Helmy berpendapat permainan yang ditunjukkan pemain tengah Penang FC, T. Saravanan tidak cukup berbisa.
"(Penang) bagus, bukan tak bagus...cuma tidak bernasib baik. Saravanan asyik duduk belakang pemain ja, nak dapat bola macam mana.
"Nak passing kat dia pun payah...kamon la Penang, asyik jatuh minta simpati ja memanjang..bangkit Penang," katanya.
Selepas ini, Penang FC akan bertemu Kedah Darul Aman FC pada perlawanan seterusnya yang dijadualkan 17 April ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram