MEDIA sosial merupakan salah satu teknologi komunikasi yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian masyarakat kini dan ia semakin memainkan peranan yang sangat besar kepada individu mahupun sebuah keluarga.
Peranan media sosial dalam keluarga bukan hanya tertumpu untuk berkomunikasi tetapi ada juga ibu bapa yang menggunakannya sebagai peranti pembelajaran atau hiburan kepada anak-anak.
Segelintir ibu bapa akui berasa risau memberi peranti kepada anak-anak kerana takut akan terpengaruh dengan perkara negatif sama ada dari segi aksi mahupun tutur bicara.
Terbaharu, rata-rata ibu bapa meluahkan rasa risau dan resah mereka terhadap anak-anak kerana lebih fasih berbahasa negara jiran, Indonesia berbanding bahasa kebangsaan sendiri.
Melalui kompilasi tangkap layar komen ibu bapa di hantaran pengguna Facebook, Muhammad Afif, ramai di antaranya menyatakan anak-anak mereka terpengaruh bahasa Indonesia disebabkan media sosial.
Tangkap layar komen-komen ibu bapa berhubung isu berkenaan.
"Ada lagi dia buat pantun 'gue rela ngak punyak skin, asal gue punya kamu'. Penangan TikTok," komen pengguna Facebook, LoveVina Rumpad.
"Anak buah saya dua orang terpengaruh dengan YouTuber Indonesia," kata Claudia Clement Claviender.
"Nasib anak saya sudah bertaubat tengok YouTube Indoenesia. Sekarang lebih kepada bahasa Inggeris. Saya tegur dia jangan tengok Youtube bahasa Indonesia. Semasa umur empat ke lima tahun baru pandai bahasa Melayu. Syukurlah semenjk sekolah lebih kepada English.
Bagi, pengguna Facebook, Mohd Fakhriy, semua itu terjadi disebabkan gajet yang memberi pengaruh besar dalam tumbesaran seorang kanak-kanak.
"Semua ini terjadi sebab ibu bapa yang terlalu bagi gadget. Biar anak mereka tengok video dari YouTube Indonesia yang suka mencarut itu. Benda ini tidak kelakar. Kecil-kecil sudah pandai mencarut dalam bahasa Indonesia," kata Mohd Fakhriy. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram