Dirakam CCTV, pemandu trak langgar lari drebar lori sedang tukar tayar akhirnya diberkas


  • Benua
  • Jumaat, 08 Apr 2022

TANGKAP layar insiden langgar lari di KM54 Laluan Tol Cikampek, Kabupaten Karawang, Kecamatan Jawa Barat, Indonesia pada Khamis. — YouTube

SEORANG pemandu trak ditahan selepas didapati melanggar pemandu lori yang sedang menukar tayar di tepi jalan dan mengakibatkan kematian.

Kejadian itu berlaku di KM54 Laluan Tol Cikampek, Kabupaten Karawang, Kecamatan Jawa Barat, Indonesia pada Khamis.

"Mangsa sedang menukar tayar bahagian belakang lorinya di tepi jalan.

"Trak dari arah Jakarta ke Cikampek kemudian melanggar mangsa," kata Pesuruhjaya Tol Cikampek, Ricky Akmaja pada Jumaat.

Tambah Ricky, suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Susulan insiden itu, polis menerima laporan orang ramai berhubung kejadian langgar lari berkenaan.

Hasil penyiasatan yang dibuat, suspek berjaya ditahan di sebuah kawasan rehat di KM57.

Ujar Ricky lagi, kes sudah diserahkan kepada Polis Karawang untuk siasatan lanjut.

Insiden kejadian itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram