KEKALAHAN Terengganu FC (TFC) 0-3, dalam aksi Liga Super menentang Petaling Jaya (PJ) City FC pada Rabu mengundang pelbagai rekasi peminat yang antaranya kecewa dengan prestasi pasukan itu.
Bakal berdepan dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada 10 April 2022, ramai peminat TFC menjangkakan bahawa pasukan itu akan menjadi 'lauk moreh' jika tidak memperbaiki kekurangan yang berlaku dalam perlawanan sebelum ini.
Pandangan peminat tersebut diluahkan di ruangan komen pada satu hantaran Facebook TFC mengenai perlawanan Liga Super antara TFC dan JDT.
Seorang peminat bola, Zahari Awang menulis di ruangan komen mengatakan bahawa, kemungkinan JDT akan membenam TFC dengan lima hingga enam gol.
"Dengan PJ City FC pun kena tiga gol, JDT mungkin lima atau enam jika main macam semalam (Rabu)," tullisnya.
TFC dijangka akan dibenam dengan lima atau enam gol.
Muhammad Naiem Musa pula meninggalkan komen ringkas, "Sedap jadi lauk moreh ni."
MUHAMMAD mengatakan TFC akan menjadi lauk moreh.
Sementara itu, Ahmad Ibnu Rushd, pula meninggalkan komen mencadangkan TFC meletakkan Hafizal Mohamad, Kpah Sherman dan Adib Zainudin sebagai pemain simpanan.
"TFC mungkin boleh menang jika masukkan Argzim Redžović, Jordan Mintah dan Faiz Nasir," ujarnya.
AHMAD mencadangkan beberapa nama perlu diturunkan untuk perlawanan menentang JDT.
Walaupun ada memberi ramalan negatif, ada juga kalanga peminat yang masih meletakkan harapan bahawa TFC akan menang.
Adenan Mohd meninggalkan kata-kata semangat dan mengatakan TFC pasti boleh mengalahkan JDT.
"Tahun lepas boleh, tahun ni lebih pada boleh, lawan tetap lawan," katanya ringkas.
Mohd Fadlly pula mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat TFC.
Masih ada peminat yang menyokong dan mendoakan kejayaan TFC.
"Aku sokong TFC cuma harap sangat jangan jadi lubuk gol sudah," katanya.
TFC kini menduduki tangga tercorot Liga Super tanpa sebarang mata selepas hanya beraksi satu perlawanan manakala JDT di puncak liga dengan berkongsi sembilan mata bersama Kedah, dipisahkan beza jaringan gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram