Video Aisar Khaled undang kecaman, kali ini didakwa ajuk hidup B40


  • Hiburan
  • Rabu, 06 Apr 2022

AISAR Khaled menunjukkan timbunan wang RM1 menerusi video di sosial media baru-baru ini.

"BEGINI cara T20 berhibur. Buat lawak ajuk cara hidup B40."

Itu antara komen yang dibangkitkan pengguna Twitter, @IrwanAffandi_ terhadap ciapan video pelakon dan Influencer, Aisar Khaled dari laman sosial, TikTok.

Video tersebut dikongsi semula oleh @YobJelebor yang memaparkan Aisar menunjukkan kehidupan seorang lelaki bujang, tetapi secara tidak langsung menunjuk-nunjuk timbunan wang RM1 di rumahnya.

komen aisar 1

Wang yang tidak dimaklumkan jumlahnya itu disusun dan diikat dalam jumlah yang banyak di dalam peti ais, rak kasut dan juga kabinet dapur.

YobJelebor menulis status ringkas dalam video itu dengan menyatakan, "Nanti (bila) dia buat video minta maaf, kamu semua maklumkan sahaja ya."

komen aisar

Rata-rata pengguna lain dilihat sudah jelak apabila Aisar berulang kali membuat kandungan (content) video di sosial media yang kurang bijak.

Perkara itu turut dikongsi @alif_imz yang menyenaraikan modus operandi teknik pemasaran yang sering dimuat naik oleh Aisar.

komen aisar 3

Katanya, dia berpendapat bahawa Aisar mungkin tahu kandungannya kurang bijak tetapi itu merupakan teknik pemasarannya sejak dahulu lagi.

"Aisar sudah biasa buat kandungan kurang bijak, kemudian netizen akan ambil dan muat naik di pelbagai sosial media serta kecam.

"Kemudian, video tersebut akan tular dan seterusnya Aisar akan buat video, menyesal, insaf serta minta maaf," ujarnya.

Meskipun ramai yang mengecam, ada juga pihak yang mempertahankan Aisar dan mengatakan bahawa video tersebut sekadar kandungan biasa yang tidak perlu diperdebatkan.

komen aisar 2

Perkara itu dikongsi pemilik akaun @ainamiew yang menyatakan bahawa netizen tidak sepatutnya berfikiran toksik dan negatif.

"Ramainya toksik and negatif. Biarkan sahaja dia (Aisar), sekadar kandungan sahaja.

"Menjadi negatif tak buang masa dia pun, bertenang, teruskan tonton video lain," komennya.

Sebelum ini, antara content Aisar yang menimbulkan rasa kurang senang netizen termasuklah menziarah kubur Allahyarham Siti Sarah, menunaikan solat atas jalan, memeluk aktres wanita, Fify Azmi dan banyak lagi.

Majoriti kini sedang cuba berhubung dengan Aisar untuk mendapatkan penjelasan beliau tentang video berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram