Empat tahun menduda, Nazim Othman akui pernah cari pengganti


  • Hiburan
  • Selasa, 05 Apr 2022

NAZIM Othman reda dengan statusnya sebagai seorang duda. — The Star

"SAYA tidak kesunyian walaupun sendiri," itu luahan pelakon, Nazim Othman berhubung dirinya yang kini sudah hampir empat tahun menduda.

Katanya, dia tidak kisah hidup bersendirian bahkan tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi.

"Saya serahkan semua kepada jodoh, namun sekarang ini, saya suka sendiri, saya ada dunia saya sendiri dan saya juga pernah berada dalam fasa menghadapi situasi-situasi yang tak berapa 'best' sewaktu membesar.

"Rasanya, dah agak lama saya single dan bahkan, ini tempoh paling lama setakat ini. Bukan trauma (nak kahwin lagi) dan walaupun saya suka sendiri tidak bermakna apabila seseorang itu sendiri, dia kesunyian," katanya.

Tambahnya lagi, dia turut mengakui pernah terbuka hati untuk mencari pengganti selepas bercerai, namun tiada calon.

nazim othman 2

NAZIM pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 2016 sebelum bercerai dua tahun kemudian. — The Star

Kongsinya lagi, dia juga pernah bertanya pada rakan-rakan jika mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan dirinya.

"Jujur, sekarang memang saya tiada siapa-siapa. Pernah dulu lepas bercerai terbuka hati nak cari pengganti tapi tiada calon yang saya jumpa.

'Saya sampai tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan saya. Sampai tahap begitu sekali tapi Tuhan tetap tak hadirkan sesiapa (jodoh) buat saya," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia reda dengan keadaan itu dan kini menumpukan pada perkara yang lebih penting dalam hidup.

Terdahulu, Nazim pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, sebelum bercerai dengan selebriti itu pada 17 Mei 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram