PENAMPILAN pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Stadium Nasional, Singapura pada Rabu jelas menghampakan peminat bola sepak tanah air.
Meskipun Malaysia menewaskan pihak lawan dengan 2-0, rata-rata penyokong tidak berpuas hati setelah Krasniqi yang sepatutnya menjadi harapan buat negara ini dilihat longlai pada perlawanan itu.
Krasniqi dan Sumareh dibawa masuk pada separuh masa kedua oleh Kim Pan-gon, yang mana beliau mahu melihat sejauh mana kedua-kedua pemain bersama pasukan negara.
Memberi komen mengenai corak permainan, Amir Syauqi tidak menafikan kekuatan Krasniqi dalam dribbing skill dan ada visi dalam passing.
Namun, peminat bola sepak tanah air itu berkata, kelebihan itu hanya ditunjukkan ketika Krasniqi berada dalam pasukan Kedah sebelum ini.
"Kedah ambil dia masa dia tengah off form (prestasi hambar) dan TCH (Tan Cheng Hoe) berjaya kembalikan form (prestasi) dia.
"Bila bola dekat kaki dia, mesti dua atau tiga opponent (lawan) akan press (beri tekanan) dia sampai dia susah nak buat passing (hantaran). Masa JDT (Johor Darul Ta'zim) menentang Kedah dulu, Syafiq Rahim sampai 'koyak' nak ambil bola dari dia. But he did it (Dia berjaya). Berjaya lepas walaupun tiga orang kepung dia.
"Dan aku hairan, lepas dia keluar dari Kedah, performance dia out, bukan gameplay dia yang sebenar macam dia on form di Kedah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
TANGKAP layar pendapat Amir Syauqi berhubung corak permainan Krasniqi.
Tambahnya, sekiranya Krasniqi masih mahu membuat penampilan bersama Harimau Malaysia, dia perlu keluar dari corak permainannya ketika ini, selain mengembalikan semula corak permainannya sama seperti dia menyertai pasukan Kedah.
"Walaupun ada sedikit fancy, tetapi sekurang-kurangnya setiap hantaran ke back four lawan akan memberikan sedikit sebanyak masalah kepada pihak lawan.
"Untuk game lawan Filipina semalam (Rabu), rating untuk form dia aku boleh bagi 6.5/10.
"Perlukan lebih masa untuk dia kembali on form dan kucar-kacirkan kembali di bahagian middle third lawan dan memudahkan bahagian attacking kita untuk score. Aku sebagai peminat Kedah, aku masih lagi anggap dia sebagai mastermind yang sukar dicari ganti untuk setiap game di Kedah dulu," katanya.
Turut mengulas mengenai penampilan Krasniqi, Arm Abdullah II menyifatkan corak permainannya terlalu fancy.
"Sejak keluar Kedah, nampak dia makin teruk. Sumareh berat ya ampun. Sejak keluar Pahang, makin drop performance untuk national team," katanya.
TANGKAP layar komen netizen terhadap penampilan Krasniqi dalam perlawanan menentang Filipina pada Rabu.
Afiq Hasriza berkata, pemain itu bukannya tidak bagus namun corak permainannya terlalu fancy.
"Dia kena kurangkan fancy, kena alert dengan larian kawan supaya boleh cepat lorongkan bola. Boleh nampak beza bila Safiq Rahim control mid dan bila dia yang control," katanya.
Membalas komen tersebut, Muhammad Adam Firdaus berkata: Afiq Hasriza ya betul tu, kena ubah corak permainan dia lebihkan kepada one touch two touch supaya pergerakan boleh laju, terlalu fancy nk buat skill futsal tarik bola sana sini backpass," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram