SEJAK Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013, pasukan Harimau Selatan itu sudah memenangi 19 trofi.
Malahan, tidak keterlaluan mengatakan TMJ mengubah atmosfera atau senario bola sepak tempatan yang sekian lama 'sendu'.
Langkah TMJ memajukan bola sepak Johor menjadi penanda aras bagi semua kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Susulan itu, ada peminat membandingkan kejayaan TMJ dengan pencapaian Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah yang menerajui kelab Selangor FC.
Menurut pengguna Facebook, Harimau Selatan X, TMJ lebih berjaya kerana baginda amat menjiwai dan menyayangi sukan bola sepak.
"Sebab itu, TMJ sanggup keluarkan duit sendiri demi bola sepak, malahan baginda turut lantang menyelar penglibatan politik yang boleh merosakkan sukan bola sepak, bukan sahaja di JDT tapi di Malaysia.
"Manakala di Selangor pula, pengurusannya masih menagih dana jutaan ringgit Malaysia dari kerajaan negeri saban tahan.
"Bukan itu sahaja, malah pengurusan Selangor pun masih berpolitik antara satu sama lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Membalas hantaran berkenaan, pengguna Facebook, Taufik Yusof menegaskan RMS bukan pemilik Selangor FC seperti TMJ yang memiliki JDT.
"Baginda Presiden FAS (FA Selangor), jadi baginda bekerja untuk FAS. Dekat Selangor FC, Izhar Moslim yang banyak buat kerja," ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Fared Kandar, berkata, RMS mempunyai hala tuju berbeza berbanding TMJ.
"Bola sepak bukan keutamaan baginda. Dengan apa yang baginda ada, baginda lebih utamakan kebajikan rakyat.
"TMJ dengan apa yang dia ada, baginda boleh layan dua-dua. Kebajikan dan hobi baginda.
"Tak semua kerabat diraja berkemampuan macam Johor. Itu pun kalau kau orang Johor dan tahu pasal Johorlah," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram