'Harimau Malaya masih perlukan SR8'


Aksi terakhir Safiq (tiga dari kiri) bersama pasukan negara adalah ketika pasukan negara tewas 0-2 di tangan Hong Kong yang mana secara kebetulan Kim Pan-gon adalah jurulatih negara itu.

BEKAS kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim baru-baru ini dipanggil semula bermain untuk pasukan kebangsaan di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon setelah lima tahun bersara.

Aksi terakhir pemain berusia 34 tahun itu bersama pasukan negara adalah ketika pasukan negara tewas 0-2 di tangan Hong Kong yang mana secara kebetulan Kim Pan-gon adalah jurulatih negara tersebut ketika itu.

Bukan setakat bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu sahaja yang berasa teruja untuk kembali bermain bersama pasukan kebangsaan, peminat juga rata-ratanya mengalu-alukan Safiq kembali menyarung jersi Harimau Malaya.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 19.10.55

Komen dari pengguna Facebook Hadu Mis.

Bagi pengguna Facebook Hadu Mis, Safiq sememangnya diperlukan oleh skuad kebangsaan kerana pengalamannya sepanjang bermain bola sepak boleh digunakan untuk berkongsi ilmu kepada pemain muda lain.

"Kedua, sikap kepimpinan dalam padang masih konsisten. Ketiga, menjadi watak utama sebagai perancang bagi memudahkan penyerang menjaringkan gol. Keempat sikap tegas yang ada pada Safiq Rahim menyakinkan diri sendiri sebagai pemain bola yang profesional.

"Kelima Safiq Rahim terpilih oleh jurulatih baru Harimau Malaya sedangkan jurulatih mungkin hanya tahu Safiq Rahim hanya salah seorang pemain JDT. Realitinya Safiq Rahim berada di kelas tersendiri hanya dia tahu bagaimana ingin menjadi pemain yang bagus," katanya.

"Sehingga sekarang kita belum lagi ada pemimpin padang seperti Safiq Rahim. Sikap tanggungjawab memenuhi kekosongan yang ditinggalkan kawan serta hantaran bola yg terbaik," kata satu lagi pengguna Facebook, Che Yahaya Talib.

Meskipun ramai penyokong Harimau Malaya berharap pemain yang sinonim dengan jersi nombor 8 itu kembali menjadi kapten, namun Safiq menjelaskan dia tidak meletakkan harapan untuk merampas kembali lilitan itu apabila menyifatkan 29 pemain lain turut mempunyai kelebihan dilantik sebagai kapten.

Pada masa sama, tidak kurang juga terdapat peminat yang menyatakan Safiq seharusnya tidak bermain untuk Harimau Malaya bagi memberi peluang kepada pemain yang lebih muda untuk menimba pengalaman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram