Beli pas musim KL City, tapi dapat tong cat


  • Podium
  • Rabu, 09 Mac 2022

ANTARA barangan yang diberikan kepada pembeli pas musim pasukan KL City FC. — Facebook

SEBAGAI penyokong tegar pasukan bola sepak masing-masing, pembelian pas musim adalah sebahagian daripada bukti sokongan kepada sesebuah pasukan.

Bukti sokongan itu akan dibalas kembali oleh pasukan bola sepak dengan pemberian cenderahati istimewa yang tidak mungkin dimiliki individu yang membeli tiket semasa perlawanan sahaja.

Semestinya setiap cenderahati yang diberikan akan dihargai oleh penyokong pasukan sebagai sesuatu yang istimewa buat mereka.

Tetapi berbeza pula dengan Facebook The Cityboys yang menganggap pembelian pas musim untuk pasukan KL City FC seakan tidak berbaloi buat penyokong.

Menerusi catatan di akaun Facebook tersebut, pembeli pas musim diberikan jersi yang bukan rekaan terbaharu yang dipakai pemain.

"Apa kelebihan pelekat cermin kenderaan kepada pembeli pas musim sedangkan ruang letak kenderaan di sebelah stadium sudah naik palang touch n go.

"Beg hitam ibarat macam bagi untuk tournament milo under 12.

"Idea bagi tong cat pun agaknya dia dapat idea masa tengok mamak tuang milo di kedai," katanya.

Menurut The Cityboys, usaha untuk memberi sesuatu kepada pembeli pas musim itu ada cuma nampak seperti tiada perancangan kerana kerja tersebut diberikan kepada mereka yang sepatutnya.

Malah, The Cityboys juga mendakwa selagi ada penglibatan ahli politik dalam kelab bola sepak, selagi itulah mentaliti tidak akan berubah.

Majoriti sedang menunggu respons daripada pihak pengurusan KL City berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram