Rusia umum genjatan senjata untuk pindahkan orang awam


  • Benua
  • Isnin, 07 Mac 2022

LEBIH 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine. — Gambar hiasan / Agensi

RUSIA pada Isnin mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan untuk memindahkan orang awam.

Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Lebih 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram