Antara 'tak laku' dan sedekah, warganet berbalah susu percuma Nilofa


TANGKAP layar menunjukkan orang ramai mengambil susu Nilofa yang diberikan secara percuma. — Twitter

PRODUK keluaran selebriti Neelofa, susu Nilofa, didakwa 'tidak laku' susulan pemberian susu tersebut secara percuma yang mana disifatkan sebagai 'sejarah' sepanjang kewujudan minuman itu.

Pandangan itu dikongsi seorang pengguna Twitter, @ZZulfikli yang berasa sedemikian kerana minuman susu pelbagai perisa yang diagihkan itu sudah hampir tamat tempoh.

NILOFA 1

"Aku pun dapat susu Nilofa ni. Aku rasa susu Nilofa ni tak laku sebab tarikh pembuatan ialah pada 2020, tarikh luput adalah 9 Mac 2022. Sebab tu dia sedekah je lah.

"Jujurnya, bila aku rasa susu perisa durian ni, tak rasa durian langsung. Rasa durian sintetik je. Susu perisa pisang dia pun sama," katanya dalam satu ciapan pada Khamis.

Selain Zayed, terdapat beberapa pengguna Twitter yang berpandangan serupa tentang susu Nilofa dan turut berpendapat tidak sepatutnya minuman yang hampir tamat tempoh disedekahkan kepada orang ramai.

Pemilik akaun, @shfqsymzyn berkongsi di ruangan komen menyatakan dia sudah menjangka perkara itu, malah dakwanya sistem perniagaan susu tersebut disifatkan sebagai 'menganiaya' ejen.

"Sudah agak dah sebab rakan sekerja saya jual susu Nilofa untung tiga ringgit satu kotak kecik, dalam ada enam jika tidak silap.

"Sampai hari ini tidak terjual stok tu, kesian untung sikit sangat hingga tidak balik modal, nak pos orang tidak mahu bayar kos penghantaran. Biarlah tidak kaya daripada menganaiya orang (ejen dan stokis)," kongsinya.

NILOFA 3

@IrhamKamila pula berkongsi nasihat bahawa, jika mahu bersedekah sebaiknya berilah susu yang masih baru.

"Adab bersedekah yang dianjurkan nabi pun kena sedekah benda yg terbaik.

"Bukan benda tidak elok sudah mahu luput," ujarya.

Nilofa 2

Namun ada yang membidas kecaman tersebut dengan mengatakan sepatutnya mereka bersyukur dengan pemberian tersebut.

"Boleh kita cakap Alhamdulillah daripada mengecam dia punya susu. Sedap atau tidak, abaikan saja. Kalau kau tak suka minum, kenapa pergi ambil?," kata @_Akimmm.

Majoriti kini cuba menghubungi Neelofa untuk mengulas lanjut perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram