PENANGGUHAN majlis Istiadat Konvokesyen ke-11 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan para pelajarnya.
Pengguna Twitter, syaisescape yang juga pelajar UPNM mendakwa, pengurusan universiti awam itu tidak teratur ekoran notis penangguhan yang lambat dikeluarkan sehingga menyusahkan pelajarnya.
TANGKAP layar ciapan pengguna Twitter, syaisescape. — Twitter
"Kau sudah tahu kes tinggi, kau sudah tahu benda memang tidak mungkin nak teruskan, boleh tidak untuk sekali, hidup itu pertimbangkan orang lain?
"Masa nak minta duit bukan main gigih sampai nak simpan transkrip pelajar. Masa tu beria betul. Kenapa benda begini tidak boleh beria?
"Ikut kau lah nak tunda ke nak pancung sekalipun. Tapi pertimbangkan lah. Harini orang datang ambil jubah start 8 pagi, pukul 10 bagi arahan hold sampai 1130. Dah sidai sampai 1130, bagi arahan lain pulak cakap ditangguhkan sehingga ada notis baharu. Eh b***h ke???," katanya.
Pelajar itu mendakwa, UPNM ibarat tidak memikirkan beban yang ditanggung pelajar kerana terdapat pelajar sanggup datang dari jauh dan mereka juga mengorbankan duit untuk pembelian tiket kapal terbang semata-mata majlis konvokesyen itu.
Menurutnya, pihak UPNM sepatutnya memberitahu notis lebih awal sebelum ada pergerakan pelajar dan bagi alasan yang munasabah.
"Kita tidak tahu dia sudah habiskan duit nak bayar yuran konvo, kita taktau dia susah susah kerja lebih nak bayar yuran, ada yang burn 2-3 ribu sebab tiket kapal terbang.
"Universiti tentera apa dia. Pengurusan kelaut. Leaders of character la sangat. Macam ni ke ciri-ciri ketua? Bagi arahan lambat? Menyusahkan orang dari segala sudut? Kerah duit pelajar? Begini? Ini kalau konvo tidak jadi aku nak pulangan duit mesti lambat tu," katanya.
Malah, pelajar itu juga mendakwa, bukan notis penangguhan saja yang lambat diberitahu tetapi hari raptai konvokesyen juga dilakukan sebegitu rupa.
Selain syaisescape, terdapat beberapa pelajar di ruangan komen ciapan itu turut mengadu tentang isu pengurusan univerisiti awam itu.
Dalam pada itu, Majoriti sedang berusaha mendapatkan respons UPNM berhubung perkara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram