Isu Mia Sara-Puteri Balqis imbau zaman Adlin Aman Ramli


PERTELINGKAHAN antara Puteri Balqis (kiri) dan Mia Sara kini heboh diperkatakan peminat industri hiburan tanah air.

ISU pertikaman lidah antara dua pelakon remaja, Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Azizi mengimbau kembali zaman pelakon senior yang berdepan isu sama satu ketika dahulu.

Terdahulu, ketika konsert Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006, perang baharu dalam industri bermula antara Adlin Aman Ramli dan penyanyi lelaki anak Terengganu, Allahyarham Saleem.

Saleem ketika hari diundang ke konsert itu 'dikenakan' Adlin, yang seperti biasa melalui kritikan pedasnya membuatkan Allahyarham terguris.

Kata Adlin kepada seorang peserta AF4: "Nak jadi penyanyi jangan hisap dadah, jangan hisap ganja."

Ketika itu, Allahyarham baru sahaja selesai menyanyi di pentas berkenaan bersama Faisal AF4.

Allahyarham merupakan bekas penagih dadah yang pernah dikenakan hukuman atas keterlanjuran masa lalunya.

"Aku pun ada maruah juga. Janganlah main sindir-sindir aku macam tu masa satu Malaysia tengok rancangan tu,” kata Saleem.

Kosmo Adlin Report.0

Keratan akhbar Kosmo! berhubung isu Adlin dan Allahyarham Saleem pada 2006.

Pada masa sama, Adlin menegaskan dia sudah menjalankan 'haknya' sebagai pengkritik rancangan realiti itu. Kebetulan katanya, dia sedang berkempen untuk mengajak remaja supaya menjauhi dadah.

Adlin kemudiannya memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya pada konsert AF minggu berikutnya.

Tampil memberi pandangan itu, seorang pengguna Facebook, Akhtar Syamir berkata, ketika ini adalah era generasi muda mencipta kontroversi.

Pada masa sama, katanya, individu yang membuat kesalahan akan terasa hati atau sentap apabila membuat salah dan ditegur.

"Kemudian yang salah tu akan buat diri macam manga dan label yang menegur tu takde adab. Teringat zaman Adlin Aman Ramli cakap pasal jangan hisap dadah," katanya.

Hairan dengan perkara itu, Akhtar Syamir berkata, individu yang menegur kesalahan pula terpaksa memohon maaf disebabkan ada pihak terasa hati.

"Bertabahlah. Nasihat saya, bila ada backlash dari supporters dia, abaikan je. Tak perlu justify lagi. You did your part, settle," katanya.

template (86)

KOMEN netizen berkaitan isu Mia Sara dan Puteri Balqis.

Berbeza pendapat dengan Akhtar Syamir, Ewan Fauzi tidak menafikan terdapat manusia yang tidak boleh ditegur kerana lumrah manusia dijadikan ALLAH SWT sebagai tidak sempurna dan mempunyai pemikiran berbeza-beza.

Ewan Fauzi berkata, tidak menjadi kesalahan dalam menegur, namun ia perlulah disertakan dengan nasihat yang membina.

Katanya, adakalanya nasihat yang diberi terlalu lantang kerana setiap kesilapan itu akan lebih mudah diambil iktibar melalui teguran yang tidak bernada tohmahan.

"We are perfectly imperfect. Kena gaya kena cara pasti positif impaknya begitulah sebaliknya," katanya.

Baru-baru ini, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan dikatakan menjadi pencetus polemik pertikaman lidah, apabila menyuarakan pendapat terbuka mengenai kehidupan Puteri Balqis.

"Dia tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya," demikian tulis Mia Sara menerusi akaun TikTok miliknya.

Menyedari penulisan Mia Sara, Puteri Balqis mendakwa, tindakan itu membuatkan ramai netizen bercakap tentangnya dan telah menyakitinya dalam masa sama.

Bengang nama ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, turut terkait, Puteri Balqis menegaskan, wanita berkenaan satu-satunya insan yang menyayangi dan mengajar dirinya untuk bercakap yang baik sahaja.

"Dengan segala hormatnya, tolong betulkan tatabahasa awak sebelum berkata sesuatu yang buruk tentang saya. Ibu saya seorang pakar dalam mendidik saya bahasa Inggeris yang betul. Kami tidak menggunakan sebarang slanga tiktok ‘rempit’ seperti yang awak lakukan di TikTok dan Twitter.

"Pakai tudung tidak memberikan anda akses percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tak memberikan anda akses percuma untuk mendera orang lain. ‘Hebatnya’ cara anda menunjukkan peribadi di depan jutaan para pengikut media sosial.

"Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram