'Biar rakyat mati bergelimpangan, yang penting wakil rakyat terpilih'


MENURUT data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti. — Facebook/Persatuan Bangsa Johor

SUSULAN pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu yang menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pelbagai reaksi dibangkitkan netizen.

Ada warganet yang menyifatkan PRN Johor kali ini ibarat membunuh rakyat sendiri kerana kes baharu Covid-19 yang semakin mencanak naik tapi masih diendahkan oleh pemimpin demi kepentingan politik.

"Biarlah rakyat mati bergelimpangan, yang penting wakil rakyat terpilih untuk jadi senang lenang, " kata pengguna Facebook, Hambali.

netzzz

ANTARA komen dari netizen berhubung PRN Johor pada 12 Mac depan

"PRN Johor ini adakah untuk kepentingan rakyat, terutamanya dalam Covid-19. Sebaliknya untuk kepentingan nafsu orang politik, kebetulan rakyat beremosi mudah diperkudakan nak dapat kuasa dan jawatan. Rakyat bukan bodoh, tapi diperbodohkan. Dun dibubarkan, rakyat terpaksa perjudikan kesihatan asal puas hati dapat jatuhkan lawan," kata pengguna Facebook lain, Sukari Mamat.

"Pilihan raya sibuk kamu nak buat,dah lah kes Covid-19 semakin meningkat. Aku tak nak dengar pula nanti dah bulan puasa dan hari raya kerajaan yang entah apa-apa hala tuju ini pergi tutup segala-segalanya. Faham," kata pengguna Facebook, Adib Raes.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang menyokong PRN Johor diadakan untuk mengundi pemimpin yang layak untuk negeri berkenaan.

"PRN adalah kemaslahatan umum bagi sesebuah negeri yang bersistem dalam pentadbiran. Jadi, bila timbang penyakit Covid-19 lawan sakit negeri, dua-dua perlu ubat yang terbaik. Buat PRN dengan pelan mitigasi untuk tidak melebarluaskan Covid-19.

"Kiranya, tanggungjawab adalah bersama. Bukan pentadbiran semata-mata. Kita rakyat turun undi esok, kenakanlah segala-gala kelengkapan elak Covid-19/Omicron dengan SOP yang ketat. Selepas itu, kita dapat sembuhkan negeri dengan undi tepat kepimpinan baharu dan paling penting kita bantu sembuhkan diri kita jadi menyebarkan penyakit bahaya. Tidak susah kalau kita bekerjasama," kata pengguna Facebook, Oilyn Odeen.

Pada Rabu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Menurut data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PRN Johor, Covid-19, SPR, undi