'Kalau tak dapat raya, cuma dua sebab dalam kepala rakyat Malaysia'


JUMLAH jangkitan yang tinggi membuatkan ramai mula risau dengan langkah pencegahan yang akan diambil kerajaan. — The Star

JUMLAH angka Covid-19 dalam negara menunjukkan peningkatan yang ketaran sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat.

Ramai yang risau dengan angka jangkitan Covid-19 yang tinggi kerana kita berdepan situasi sama sebelum ini yang menyaksikan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik termasuk menghentikan sementara sektor ekonomi hingga menjejaskan rakyat.

Namun, bagi pengguna media sosial, Mohd Faizullizam Zamani, rekod jangkitan di negara jiran sebenarnya lebih tinggi tetapi mengapa rakyatnya tidak dihantui dengan rasa kebimbangan?

"Kita tengok keputusan pada Sabtu, Indonesia mencatatkan lebih 33,000 kes dengan kadar kematian 44 orang. Singapura pula 10,000 kes dengan kadar kematian dua. Filipina, 7,000 dengan kadar kematian satu manakala Malaysia pula 9,000 dengan kadar kematian 14.

"Daripada segi rekod pun, varian Omicron tidak bahaya seperti varian sebelum ini walaupun sangat mudah berjangkit. Mungkin sebab keberkesanan vaksin atau tahap imun rakyat Malaysia dah meningkat dan mampu melawan bahaya Covid-19.

"Tapi dalam berita, bunyi kerajaan seakan teruk sangat Omicron ni sedangkan dalam data statistik menunjukkan sebaliknya. Kalau tak dapat raya, cuma dua sebab sahaja dalam kepala rakyat Malaysia.

"Satu, kerajaan gelabah lebih kononnya nak jaga rakyat atau buat-buat panik sebab nak menghabiskan vaksin yang dah hampir tarikh luput," katanya.

Mohd Faizullizam juga mempersoalkan apa strategi kerajaan untuk menangani perkara ini dan tidak sepatutnya mereka menyamakan masalah ini dengan Amerika Syarikat dan India yang teruk kerana rakyat mereka tidak benar-benar patuh pada prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, sebahagian besar rakyat juga menyokong langkah kerajaan untuk divaksin dan tidak perlu untuk mengikut saranan orang luar yang tidak faham keadaan di dalam negara.

Disebabkan itu juga katanya kerajaan perlu menyusun strategi betul kerana apa yang dilakukan sekarang banyak menimbulkan rasa sangsi pada rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram