ISU pengunduran pemain badminton perseorangan utama negara, Lee Zii Jia masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.
Apatah lagi dengan tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menggantung Zii Jia selama dua tahun daripada beraksi di peringkat antarabangsa umpama mengeruhkan lagi keadaan.
TANGKAP layar komen yang ditinggalkan seorang pengguna Facebook berkaitan isu Zii Jia. — Facebook
Namun, seorang pengguna Facebook menggunakan nama Wong Noon Kong pula menyatakan rasa hairan mengapa pemain badminton di bawah BAM tidak merujuk kepada kontrak sebelum ini.
"Bukan ke seseorang itu akan melihat kepada kontrak sebelum menyatakan persetujuan. Adakah dia (Zii Jia) terlalu seronok ketika mendapat tawaran hingga tidak melihat perjanjian itu?
"Setiap pengambilan pasti ada kontrak perjanjian dan jika kita tidak bersetuju, makan jangan tandatangan.
"Malah, ada majikan yang memerlukan pekerjanya memberi notis berhenti selama enam bulan dan ada juga yang 24 jam.
"Seseorang itu perlu membayar pampasan jika memberikan notis dalam tempoh yang singkat," katanya.
Menurutnya, perkara sama juga sepatutnya berlaku melibatkan kontrak dengan BAM.
"Apa terma dan tindakan yang boleh diambil BAM (jika terdapat pelanggaran kontrak). Ada pemain di bawah BAM boleh memberikan pencerahan?" katanya.
Dalam pada itu, beberapa bekas pemain badminton negara antaranya Koo Kien Keat dan Roslin Hashim menyatakan sokongan terhadap tindakan yang diambil Zii Jia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram