PEMIMPIN politik di negara ini perlu sedar bahawa ketika bencana menimpa, kesemua perkara yang harus diberi tumpuan adalah berkaitan dengan nasib mangsa.
Bencana yang menimpa juga bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.
Demikian kekesalan yang diluahkan seorang pengguna Twitter menggunakan nama Hazel Sali, @lady_chantek menerusi satu ciapan pada 23 Disember lalu.
TANGKAP layar ciapan Hazel Sali di Twitter.
Ciapan itu dipercayai ada kaitan dengan drama beberapa ahli politik yang dilihat cuba bermain wayang hingga menjadi bahan ketawa netizen.
"Sikap segelintir pemimpin menggunakan bencana banjir untuk tujuan politik demi kepentingan peribadi amat memualkan," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter Nayli, @nayliafrinaaaaa mengingatkan rakan-rakan seusianya yang bercita-cita menjadi ahli politik suatu hari nanti, untuk tidak mengulangi sikap pemimpin sekarang.
TANGKAP layar ciapan Nayli di Twitter.
"Untuk rakan-rakan sebaya saya yang ada cita-cita mahu jadi ahli politik, jangan ulangi kesilapan yang dilakukan pemimpin sekarang.
"Selalu ingat kemarahan dan kesusahan yang dirasai kita sebagai rakyat pada hari ini, apabila anda bergelar pemimpin kelak bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram