KEGAGALAN skuad kebangsaan di Piala Suzuki AFF baru-baru ini nyata mengecewakan ramai pihak.
Malahan pelbagai pihak termasuk para pemina mendesak supaya ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dipecat.
Ada juga pihak mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik jurulatih dari Korea Selatan seperti dilakukan oleh musuh tradisi, Indonesia dan Vietnam.
Bagaimanapun, bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan mahu pelantikan ketua jurulatih baharu dilakukan dengan teliti.
Tambahnya, pelbagai aspek perlu diambil kira terutamanya harga tinggi yang harus dibelanjakan untuk mendapatkan jurulatih dan kemajuan yang positif.
Menurut Sathianathan, mengambil contoh ketua jurulatih Vietnam Park Hang-seo, pengendali kelahiran Korea Selatan itu dikatakan menerima gaji mencecah RM230,000 sebulan, yang separuh daripada jumlah itu ditanggung Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).
“Apa yang saya dengar AS$55,000 sebulan tanpa cukai tanpa apa-apa. Di Vietnam persekutuan bayar setengah, pengurus pasukan atau naib presiden skuad itu bayar setengah. Itu baru gaji beliau belum lagi pembantunya.
“Di Malaysia ada orang nak tolong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tak?. Siapa yang akan bantu FAM cari dana sebegitu besar untuk mendapatkan seseorang jurulatih?,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Kenyataan Sathianathan itu bagaimanapun dikecam oleh warganet di Facebook.
ANTARA komen warganet di Facebook. — Facebook Bernama
Pada pandangan penulis, bukan sahaja jurulatih perlu digantikan tetapi juga struktur pengurusan dalam FAM juga wajar diperbaiki terlebih dahulu.
Tidak guna hanya menukar jurulatih tetapi 'barah' yang sebenarnya masih menular dalam FAM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram