'Ini semua budaya tahi'


PARA penduduk di Kampung Padang Jawa, Selangor membersihkan rumah mereka selepas banjir surut pada Khamis. — Bernama

SEORANG pengguna Facebook, Cikgu Fadli Salleh meluahkan kekesalannya berhubung sikap berat sebelah segelintir pihak yang mementingkan golongan ternama berbanding rakyat biasa.

Kekesalan tersebut dilontarkan selepas bantuan khemah untuk mangsa banjir yang diminta oleh beliau hanya diterima selepas tiga hari gara-gara ada golongan ternama mahu melawat.

"Bila orang besar nak datang, tiba-tiba tempat itu jadi lengkap dan gah. Orang datang sejam, tukang persiapan penat berhari, orang yang melihat menyumpah bertahun-tahun.

"Benda sama berlaku dekat banyak jabatan kerajaan. Pernah kawan guru cerita, orang besar nak turun singgah sekolah, tiba-tiba ada duit dari kayangan turun buat tandas baru.

"Kerana orang besar nak singgah sejam, terus ada dana buat tandas baru, bangunan dicat, tempat dihias, bufet ditempah dan sebagainya.

"Sebelum ini, puas mohon dana, memanjang jawapan diberikan 'tiada'. Siap wujudkan ahli jawatankuasa persiapan, penat berminggu hanya kerana benda sebegini," ujar beliau menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tegasnya, budaya tersebut perlu dibuang terutamanya ketika Malaysia dilanda banjir ketika ini.

"Realiti sebenar disorok rapi. Yang susah orang setempat sedangkan pendatang sejam dilayan bagai raja, ini semua budaya tahi.

"Tak perlu tayang lakonan, tak perlu nak buat sambutan melampau.

"Budaya begini sampai musim banjir pun ada lagi. Rosak tuan-tuan kalau budaya ini terus subur dalam negara kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Facebook, banjir, bantuan, VIP, budaya, berat sebelah