TIDAK dinafikan bahawa ramai pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir hingga ada yang sedaya upaya mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mereka.
Tidak kira badan bukan kerajaan (NGO) atau persendirian, di media sosial khususnya banyak status yang dikongsi meminta orang ramai yang menghulurkan derma kepada badan-badan yang mereka wakili.
Bagaimanapun, tercetus satu persoalan oleh seorang pemilik akaun laman sosial Twitter, Roman Akramovich (@SyedAkramin) yang meragui akan tindakan beberapa kementerian di kerajaan yang turut meminta bantuan derma untuk mangsa banjir.
Katanya dalam ciapan di Twitter pada Rabu, mempersoalkan mengapa kerajaan perlu meminta derma dan mana duit cukai yang dibayar oleh rakyat?
"Menteri Alam Sekitar dan Air minta derma, Datuk Seri Datuk Seri Rina Mohd Harun minta derma, Armada minta derma.
"Mana duit cukai yang kami beri? Apa yang terjadi degan kerajaan?," kongsinya.
Hantaran itu turut mendapat respons ramai pengguna Twitter yang turut bingung dengan sitausi yang berlaku.
Mereka juga pelik kenapa kerajaan perlu meminta derma kepada rakyat, malah perkara itu dilakukan secara berasingan oleh beberapa kementerian dalam satu kerajaan yang sama.
Seorang pengguna Twitter, UnapologeticSingleMum (@mystiquevelvet) mempersoalkan adakah kementerian dalam kerajaan semasa mempunyai masalah komunikasi sehingga membuat kutipan derma secara berasingan.
Pemilik akaun, pankajkumar (@happypankaj) pula mempersoalkan tentang peruntukan kontigensi (bencana) yang diumumkan dalam pembentangan bajet di Parlimen.
"Dalam setiap bajet yang dibentangkan di Parlimen ada peruntukan untuk kontingensi.
"Mengapa Kementerian Kewangan tidak menggunakan wang ini untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Ada juga pengguna Twitter yang mendakwa bahawa tindakan tersebut (kutipan derma) yang dilakukan kementerian itu dilakukan kerana mereka rasa tercabar dengan usaha yang dilakukan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak keliru dengan sebarang tindakan yang mereka lakukan walaupaun ia bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram