Kata 5G tapi rangkaian Celcom di Langkawi cukup menghampakan


MASALAH gangguan rangkaian Celcom menyukarkan pelancong melaksanakan urusan keperluan mereka di sana. — The Star

GANGGUAN rangkaian telco merupakan satu isu yang tiada penyelesaian meskipun tidak sudah acap kali dilaporkan kepada syarikat telekomunikasi.

Tambahan pula, dalam era dengan keberkantungan tinggi terhadap gajet, masalah rangkaian boleh mengundang rasa berang pengguna.

Perkara itu turut disuarakan oleh warganet di Langkawi yang bengang dengan gangguan rangkaian telco Celcom di Langkawi.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mohamad Ayie Nazri berkongsi satu rungutan pengguna Celcom yang disuarakan dalam TikTok.

Pengguna tersebut, @_putrabell17 dalam videonya mengatakan rasa kesal dengan gangguan rangkaian Celcom ketika kunjungannya di Langkawi.

Katanya, gangguan itu menyebabkan dia sukar untuk menyelesaikan tugas kerjanya.

"Bukan di Langkawi rangkaian Celcom sudah 5G ke?

"Saya telefon pusat khidmat pelanggan banyak kali jawapannya hanya maaf," katanya dalam nada marah.

Keluhan @_putrabell17 itu turut disokong oleh pengguna Facebook lain.

Seorang pengguna Kemboja Putih juga berkongsi pengalaman di Langkawi yang mana dia berdepan dengan masalah rangkaian.

celcom 1

Dia yang juga menggunakan rangkaian Celcom memberitahu bahawa kerana masalah itu, dia berdepan kesukaran untuk menempah inap desa dan kereta sewa secara dalam talian.

"Saya pergi Langkawi juga, turun dari feri nak cari inap desa dan kereta sewa tetapi sehari suntuk saya telefon tiada rangkaian.

"Nasib adik ada sambungan rangkaian, jika tidak mungkin kami tidur di jeti," ujarnya.

Seorang pemilik akaun, Shahron Abas pula berkongsi dalam ruangan komen bahawa dia berdepan masalah sama.

celcom 2

Katanya, dia berdepan dengan masalah sering kehilangan sambungan rangkaian, tidak hanya Celcom tetapi juga rangkaian lain.

"Saya juga ada masalah sering kehilangan rangkaian, rasa macam mahu cabut kad sim.

"Sudah tiga kali tukar telco tetapi tetapi tetap sama, jika hujan lagi teruk," katanya.

Majoriti sedang menunggu respons daripada pihak Celcom berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Celcom, rangkaian, langkawi, masalah, telco