Laksana kebajikan rakyat terlebih dahulu — Warganet


ISU bekalan air bersih di Kelantan terus membelenggu rakyat negeri tersebut. — Facebook

KENYATAAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary bahawa Kelantan dapat dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain dalam usaha mereka memperkasa undang-undang syariah mengundang pelbagai respon warganet di Twitter.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Kelantan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 selepas menerima perkenan daripada Sultan Muhammad V.

Enakmen baharu itu menambah 24 seksyen baharu bagi kesalahan syariah berbanding kesalahan sedia ada.

Bagaimanapun, warganet mahu kerajaan negeri Kelantan agar memandang perkara yang lebih serius dahulu berbanding menguatkuasakan enakmen baharu berkenaan.

"Sebelum nak laksanakan hukum Hudud (hukum Allah SWT), laksanakan kebajikan terlebih dahulu.

"Jaga ekonomi rakyat, pastikan rakyat cukup makan, pakaian, harta untuk meneruskan hidup dengan memberi pekerjaan, hapuskan rasuah atasan serta bawahan, barulah boleh laksanakan," kata pengguna Twitter, @jalanjer77.

Netzkorner 1

ANTARA komen-komen netizen di Twitter. — Twitter MalaysiaKini

"Baiki air dulu baru boleh sembang. Bila nak buat macam-macam kuatkuasa bukan main laju, bila untuk buat baik pulih atau selenggara, langsung tiada tindakan," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @riesna_zasly. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram