Gajikan saja bekas komando, askar untuk jadi warden disiplinkan anak-anak

KEMENTERIAN Pendidikan bercadang untuk mewujudkan jawatan warden di sekolah berasrama. — Gambar hiasan

ISU buli kembali hangat selepas dua kes dilaporkan berlaku selang beberapa hari di dua buah sekolah baru-baru ini.

Setiap kali episod buli kembali, maka bermulalah pelbagai cadangan dan idea untuk mengelak kes sama berulang lagi di masa hadapan.

Malah, Kementerian Pendidikan juga menyatakan cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama untuk mengelak kes buli berlaku.

Rupanya, isu warden juga sebenarnya sudah berlarutan sejak 2019 lagi dan baru-baru ini, tular status panjang lebar seorang pengguna Facebook bernama Mohd Nizam Abdul Latif yang mengulas mengenai isu elaun warden yang sedikit.

Sama seperti episod kali ini, status yang dimuat naik lelaki itu juga sebenarnya selepas berlakunya perbicaraan buli di sekolah pada tahun 2019.

Menerusi status tersebut, lelaki itu memberitahu ramai guru menolak untuk menjadi warden disebabkan elaun yang tidak setimpal dengan tanggungjawab.

"Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.

"Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising.

"Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24,000 pula," katanya.

Menurut lelaki itu lagi, isu warden bukanlah sesuatu yang baharu dan dia sendiri sudah membangkitkan isu tersebut sejak 2015 lagi.

Ujarnya, tugas guru tidak sepatutnya menjadi beban di bahu guru tetapi diwujudkan sebagai satu pekerjaan khas.

"Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Netzkorner, Buli, Pembuli, Polis, Warden, Komando, Tentera