Jadi lokasi UFO mendarat, rakyat Sabah 'troll' jalan raya teruk di Sandakan — Telupid


SITUASI jalan raya berlubang seumpama permukaan bulan yang disindir rakyat Sabah. — Facebook

"UFO mendarat di jalan kerana menyangkakan jalan raya adalah bulan."

Begitulah sindiran warganet di media sosial Facebook terutamanya rakyat Sabah yang marah dan kecewa dengan keadaan jalan raya berlubang di sepanjang Jalan Sandakan ke Telupid.

dawdwqigwqif

HANTARAN dari Datu Rizal Abun

Terbaharu menurut Facebook Sabah Info di hantarannya, dianggarkan lebih 10 kereta tersadai sepanjang Jalan Sandakan ke Telupid akibat rim pecah dan tayar meletup terlanggar lubang dalam yang bertakung air hujan pada Jumaat.

KEADAAN kenderaan yang rosak akibat jalan teruk di lokasi terbabit — Facebook

Hantaran dari Datu Rizal Abun yang menyindir keadaan jalan raya di Sabah itu mengundang luahan marah dan kesal warganet yang rata-ratanya menyalahkan para pemimpin Sabah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

"Makan gaji buta menteri-menterinya. Ketua menteri tidur. Pusing tengok prasarana kemudahan untuk rakyat. Buat benda yang penting dahulu seperti jalan-jalan raya, orang kata malang tidak berbau. Ini sangat bahaya kepada penunggang motosikal. Jangan ada lagi main tampal-tampal jalan, itu sebenarnya merosakkan jalan kalau tiba musim tengkujuh. Saya harap menteri-menteri yang berwajib segera menjalankan tugas untuk rakyat Sabah. Tidak guna slogan Sabah Maju Jaya jika jalan-jalan macam kawah bulan," komen pengguna Facebook, Muhiddin Kassim.

"Lembab kerajaan negeri Sabah. Dapat peruntukan 5 bilion, dengar-dengar 3 bilion pun tak habis digunakan, apa kerajaan negeri Sabah buat," komen pengguna Facebook, En Sab.

"Pemimpin Sabah ni dari atas sampai bawahan tidak mementingkan kemajuan negeri mahu pun di peringkat daerah semua sama parangai hanya pentingkan gaji sahaja," kata Voon Ket Siong Asiong di hantaran Datu Rizal Abun itu.

Pada November, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dilaporkan berkata, tidak semua kerosakan jalanraya yang ditular oleh beberapa pihak di media cetak atau di media sosial merupakan jalan raya yang menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memperbaikinya.

Menurut beliau, kategori jalan kampung, jalan kayu balak dan jalan estet kelapa sawit juga banyak mendatangkan masalah kerana jalan ini tidak berstatus dan terlalu sukar untuk diperbaiki kerana jalan seumpama ini tidak didaftarkan oleh pejabat daerah masing-masing kepada Kementerian Kerja Raya Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jalan raya, berlubang, Sabah, Bung Mokhtar, JKR