Rumah anggota Rela di Sabah diroboh, Rela tampil beri penjelasan


  • Primer
  • Jumaat, 03 Dis 2021

ANGGOTA Rela yang diusir daripada rumahnya di Sabah kini dibantu berpindah ke rumah baharu. — Rela

ANGGOTA Relawati, Darsimah June yang kehilangan tempat berteduh selepas diusir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) khususnya Rela Negeri Sabah.

Rela berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif dalam membantu kebajikan anggota berkenaan dengan mendapatkan sebuah rumah sewa dan membantu dari segi proses perpindahan ke kediaman baharu tidak jauh dari kediaman asal.

"Rela juga turut menghulurkan sedikit bantuan dalam bentuk kewangan dan barang makanan kepada anggota yang terjejas," katanya dalam kenyataan kepada Majoriti pada Jumaat.

Kenyataan itu sebagai reaksi kepada laporan Majoriti yang melaporkan salah seorang ahli Rela di Sabah dirobohkan secara tiba-tiba tanpa belas kasihan.

Menerusi satu satu klip video berdurasi 2 minit 54 saat di aplikasi media sosial Facebook memaparkan sebuah rumah seorang anggota Rela telah diroboh yang berlaku di Sabah pada 30 November 2021 yang lalu.

WhatsApp Image 2021-12-03 at 20.58.11

TANGKAP layar kenyataan media Rela kepada Majoriti pada Jumaat. — Facebook



Rela memaklumkan, Darsimah daripada Platun Rela Kampung Likas yang bernaung di bawah pentadbiran Rela Daerah Kota Kinabalu, tidak dimaklumkan oleh pemilik asal mengenai status rumah tersebut sehinggalah mendapat notis pengusiran daripada DBKK.

"Seperti dimaklumkan, menurut sumber, Darsimah yang merupakan seorang anggota yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Kinabalu, Sabah telah menyewa kediaman berkenaan daripada seorang lelaki tempatan dan rumah tersebut dipercayai telah dibina secara haram di atas rizab sungai.

"Dia tidak dapat berpindah ke kawasan lain memandangkan tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa kediaman lain kerana faktor sewa yang tinggi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram