PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara 'one-off' yang dibuat bermula Selasa nyata melegakan kebanyakan rakyat.
Bantuan berkenaan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.
Bagaimanapun, golongan peniaga meluahkan kemarahan di ruangan komen Facebook rasmi Ismail Sabri terhadap kerajaan yang seolah-olah 'meminggirkan' mereka.
"Kebanyakan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) adalah peniaga kecil yang juga terjejas teruk. Kategori kami lebih rendah dari B20 (hasil jualan belum tolak modal dan kos berkaitan, kurang RM30,000 setahun).
"Kena kuarantin 14 hari di rumah kerana Covid-19, tapi tak layak tuntutan MySalam. Kementerian Kesihatan (KKM) sibuk nak laporan kesihatan tapi laporan keperluan barangan dapur taknak ambil tahu," kata pengguna Facebook, Amir Camou.
Antara komen warganet di Facebook. — Facebook Ismail Sabri Yaakob
"Tolong la Datuk Seri berikan kami peniaga kecil ini bantuan sama macam sebelum kami dapat GKP di mana kami juga layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Khas Covid (BKC) dan bantuan kerajaan yang lain.
"Hal ini kerana Bantuan GKP yg di berikan sebelum ini hanya mampu kami bertahan dalam dua bulan sahaja. Kami bukan peniaga besar macam Tesco, Mydin, Aeon semua itu, kami hanya peniaga kecil tepi jalan saja Datuk Seri, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Seandainya kami juga layak terima bantuan BKC, BSH dan lain-lain bantuan kerajaan dalam masa terdekat ini, Insya-Allah kami mampu kembangkan semula perniagaan kami yang terjejas teruk sebelum ini," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Che Puteh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram