SEJAK kebelakangan ini, isu kenaikan harga barang yang mendadak menjadi perhatian pengguna di seluruh negara.
Harga barangan keperluan seperti ayam, sayur-sayuran, minyak masak dan lain-lain dilaporkan meningkat pada sekitar 10 hingga melebihi 50 peratus.
Pada Ahad, tular satu tangkap layar laporan berita daripada sebuah stesen televisyen tempatan yang menunjukkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid melawat ke sebuah stesyen minyak bagi melihat sendiri harga barang.
Tindakannya itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang mengatakan bahawa perkara itu adalah sia-sia kerana tidak ada pengguna yang pergi ke stesen minyak untuk membeli barang keperluan.
Menurut netizen, beliau sepatutnya turun padang ke pasar raya atau pasar tani yang menjadi tempat utama pengguna membeli barang basah seperti ayam dan sayur-sayuran.
Selain itu, netizen turut mempersoalkan tindakan beliau yang memeriksa harga roti yang tetap dan diberi subsidi oleh kerajaan.
Antara komen pengguna media sosial. — Twitter
"Pergi periksa roti gardenia yang setiap kedai memang fix (tetap) harga dah buat apa. Pergi la ke pasar, supermarket tengok barang basah, sayur, susu, minyak masak, gula," kata pengguna Twitter, @afis_farisxxvii.
"Geli dan malu sangat ke nak turun pasar basah untuk check harga barang. Wayang je lebih, yang ko pergi check kat Petronas buat apa," ujar @syattty.
"KPDNHEP mengapa turun padang pergi stesen minyak? Orang suruh tengok pasar basah, bukan pi Petronas. Dahlah bawa satu kumpulan," soal @iqrarzahin.
"Apa masalah diorang check harga barang dekat gas station??? Orang check dekat pasar la, mana ada orang beli ayam dekat Petronas," kata @_ctrm.
"Harga roti kan memang fix dekat tag dia buat apa check harga roti hahahahaha," kata @yassiensaib pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram