Ramai mengadu sakit hati ejen hartanah tak jujur iklan harga rumah


KEBANYAKKAN harga yang dipaparkan ejen di iklan tidak sama seperti yang dinyatakan ketika dihubungi. — The Star

EJEN hartanah tidak jujur dan menipu dalam iklan menjadi perbualan di media sosial selepas seorang pengguna di Twitter, @zaileefd2 berkongsi status tenang perkara itu.

Dalam ciapan yang dimuat naik pada Sabtu, Zailee menyatakan bahwa dia tidak setuju dengan sikap ejen perumahan dan hartanah yang tidak jujur dan bermain dengan harga di dalam iklan.

ejen 4

Katanya, harga yang dipaparkan tidak sama seperti yang dinyatakan ketika dihubungi mahupun semasa mengunjungi galeri pameran.

"Ejen rumah ni satu sahaja yang aku tidak berkenan. Tidak jujur dan jenis suka main harga. Dekat iklan harga lain, apabila ditanya di Whatsapp harga lain, apatah lagi di galeri pameran harga lain," kongsinya.

Perkongsian tersebut disokong ramai pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman sama apabila berhubung dengan ejen perumahan.

Salah seorang pemilik akaun @SueVmc memberitahu, dia tidak gemar berjumpa dengan ejen yang tidak berterus terang dalam berurusan.

ejen 3

Katanya, ada ejen yang lepas tangan apabila ditanya berhubung harga rumah yang tidak sama dengan iklan.

"Ada di antara mereka yang menyalahkan ejen lain, ada juga yang apabila ditanyakan info berdolak dalik, seolah tiada tanggungjawab tetapi duit mereka mahu," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @feedaa16 pula menyatakan bahawa dia pernah bertanya kepada seorang ejen berhubung harga rumah di iklan yang baru dipaparkan, tetapi jawabnya jawab unit tersebut sudah habis.

"Dekat iklan letak harga paling murah dengan diskaun bumiputera. Bila kita tanya dia jawab unit bumiputera sudah habis," katanya.

ejen 2

Sementara itu, pemilik akuan @im_every_where_ pula berkongsi contoh iklan (jenis status) yang pernah dimuatnaik oleh @enadlwlrm yang dipercayai merupakan seorang ejen perumahan.

Mesej itu menyatakan bahawa ejen tersebut menyatakan bahawa dia mendapat banyak pertanyaan mengenai rumah tiga bilik dengan bulanan RM700 sebulan tetapi kuota untuk itu sudah penuh.

"Sekarang ada promosi rumah dua bilik dengan bulanan RM900. Mesej kami segera sebelum unit ini habis," ujarnya.

ejen 1

Perkara ini meskipun bukan besar tetapi ramai yang berpendapat bahawa ejen hartanah perlu bersikap jujur dan peka.

Jika unit yang diiklankan sudah habis, sebaiknya turunkan iklan tersebut agar tidak mengelirukan bakal pembeli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ejen perumahan, herga rumah, iklan, murah, tipu