'Harga barangan naik, tapi gaji minima tidak naik'


KENAIKAN harga barangan seperti ayam merungsingkan para pengguna di negara ini. — Gambar hiasan/Bernama

KENAIKAN harga barangan semenjak akhir-akhir ini merungsingkan para pengguna di negara ini.

Berita tentang kenaikan harga roti jenama Gardenia yang bermula 1 Disember turut mencetuskan kemarahan dan kegelisahan orang ramai.

Seorang pengguna Twitter, @f4izalhassan berkongsi status di media sosialnya: "Harga sayur, telur, roti Gardenia sedang naik harga.

"Perlahan-lahan harga barangan keperluan harian/asas naik tanpa sedar tapi isu gaji minimum masih tidak naik/selesai. Ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan kita sekarang."

Perkongsiannya itu menerima respons daripada para warganet yang rata-ratanya bersetuju tentang isu kenaikan harga barangan.

Ada juga warganet yang berang apabila kerajaan lebih mementingkan untuk menukar kenderaan rasmi Toyota Vellfire berbanding menyelesaikan isu rakyat.

Netz 261121

ANTARA komen warganet di Twitter. — Twitter

Apa yang pasti, rakyat marhaen sudah tentu terkesan dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

Sewajarnya kerajaan perlu ada satu mekanisme atau cara untuk membantu rakyat terutamanya ketika fasa pandemik Covid-19 ini masih belum berakhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram