Penunggang motor silap pecut, terpelanting kena langgar kereta di Kulim


  • Tular
  • Isnin, 22 Nov 2021

KERETA Myvi tersebut yang dipaparkan sedang laju dan terus merempuh motosikal berkenaan. — Facebook

VIDEO seorang penumpang motosikal terpelanting selepas dirempuh sebuah kereta di sebuah persimpangan lampu isyarat menjadi tumpuan pengguna di media sosial.

Kejadian itu dikongsi oleh Shamsul Ramli di laman sosial Facebook yang turut menyatakan insiden itu berlaku di Jalan Mahang berhampiran Panasonic, Kulim Hi-tech, Kedah pada Jumaat.

Shamsul dalam hantarannya menulis, "Kejadian petang kelmarin di jalan Mahang berhampiran Panasonic, Kulim Hi-tech. Keadaan penunggang motosikal tidak diketahui."

Shamsul berkongsi video berdurasi tujuh saat yang memaparkan sebuah motosikal yang dilanggar sebuah kereta dipercayai jenis Myvi berwarna hitam.

Motosikal berkenaan dari arah kanan dilihat memecut laju di simpang empat tersebut.

Berdasarkan video yang dikongsi, lampu isyarat itu juga dilihat seperti tidak berfungsi.

Kereta Myvi tersebut yang dipaparkan sedang laju juga terus merempuhnya sehingga dia terpelanting ke rimbunan pokok renek di pemecah simpang.

Tidak dinyatakan siapa penunggang motosikal berkenaan dan bagaimana kondisinya, namun dilihat daripada keadaan motosikal yang hancur kemungkinan dia berada dalam keadaan kritikal.

Video tersebut ditonton oleh lebih 40,000 kali dan mendapat lebih 400 reaksi.

Di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa motosikal berkenaan tidak mematuhi lampu isyarat yang menjadi punca kepada insiden itu.

Ada juga yang mendoakan supaya penunggang motosikal tersebut tidak berdepan dengan kecederaan yang serius. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

motosikal, kereta, kulim, kemalangan, terpelanting